BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah​

2934e064e81b8d30ce8c9ba1c8f1a0536a91a1a9ad4c8

Mohd Izwan Hashim. fb Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun ditemukan rentung selepas rumahnya di Lorong Padang Bola, Kampung Gong Lingai di sini terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Izwan Hashim berkata mangsa yang masih bujang dipercayai tinggal seorang diri dan menghidap strok, namun mampu berjalan.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.56 petang sebelum jentera digerakkan pada 5.01 petang dan tiba di lokasi pada 5.11 petang. Kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan kemusnahan 70 peratus.

“Operasi pemadaman dimulakan pada 5.12 petang menggunakan satu saliran sepanjang 200 kaki (61 meter), satu breeching serta dua pancutan air daripada jentera. Mangsa ditemukan kira-kira 5.40 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Izwan berkata operasi pemadaman berjaya dikawal pada 6.26 petang, dengan sebanyak 28 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus serta Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu terlibat dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register