BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Rumah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
2dc7e6bcb5a94a8ec1aaf985d638f47569193d0751b3e

Kredit JBPM

Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam bilik tidur sebuah rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Minah, Sarikei, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Arrahman Chik berkata Teng King Kai, 97, iaitu bapa kepada pemilik rumah ditemukan di bawah timbunan sisa kebakaran pada 2.18 pagi.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.33 tengah malam dan operasi melibatkan 16 anggota BBP Sarikei dan BBP Bintangor.

“Kediaman dihuni enam individu namun hanya lima berada di rumah semasa kejadian, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arrahman berkata mereka yang selamat ialah pemilik rumah berusia 72 tahun dan isteri, 49, seorang lelaki 51 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

Kebakaran juga memusnahkan sebuah stor penyimpanan barang serta Perodua Aruz dan Toyota Unser.

Beliau berkata bomba berdepan cabaran tekanan air rendah dan kurang pencahayaan serta risiko kebakaran daripada longgokan peralatan elektrik untuk memadamkan kebakaran, dan operasi ditamatkan pada 4.55 pagi.

 
Back
Top
Log in Register