BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga Emas Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah berhampiran kedai nasi ayam berempah di Kampung Guar Kepayang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohamad Shoki Hamzah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, api sedang marak dan kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 298 meter persegi dan ketika ini, anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus.

"Pihak bomba menerima maklumat awal terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah bilik pada 5.55 petang, namun setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah lain pada 5.40 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register