BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita minta bantuan anak nak pakai lampin berjenama dikecam

Tapi memang ada setengah bayi yang kulitnya sangat sensitive.
Tak boleh pakai lampin jenis murah.
Sama juga susu.
Ada bayi kalau mimum susu murah terus sakit perut, muntah2.
Tapi ada juga bayi yang ibubapanya kaya raya tapi boleh sesuai susu marhaen šŸ˜
Yg nie setuju jgk, sebab pampers ikut kesesuain kulit, yg xkena tu napa bahasa org yg minta tu melampau sngt.....
 
Tapi memang ada setengah bayi yang kulitnya sangat sensitive.
Tak boleh pakai lampin jenis murah.
Sama juga susu.
Ada bayi kalau mimum susu murah terus sakit perut, muntah2.
Tapi ada juga bayi yang ibubapanya kaya raya tapi boleh sesuai susu marhaen šŸ˜

isu mak cik ni, BUDI BAHASA.

lari tajuk sikit.
saja sembang bab susu ni. Kalau budak tak sesuai susu bukan isu harga susu murah mahal.
Tapi ramai baby yg tak boleh hadam susu lembu, yg ni kena minum susu daripada soya.

susu infant ni sebenarnya ada 3 jenis.
satu yg drp susu lembu, modified. ke dua, dia drp soya modifed ni sebab budak2 ada yg tak tahan susu lembu lactose intolerant.
satu lagu drp bahan 2 lain yg dijadikan sus formula.

jadi budak2 ni tak kira harga susu mahal ke murah.

tapi yg jenis no.3 tu memang mahal!
 
kecam-wanita.jpeg

Tangkap layar perbualan seorang wanita dengan wakil sebuah NGO tular baru-baru ini.
  • Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
  • 3 Julai 2021, 7:41 pm
PETALING JAYA – Dah bagi betis nak paha pula. Itulah reaksi balas orang ramai susulan satu tangkap layar perbualan seorang wanita memohon bantuan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menerusi perbualan yang dikongsi seorang pengguna Facebook, wanita yang juga seorang suri rumah telah memohon bantuan lampin pakai buang untuk anaknya berusia lima tahun daripada NGO terbabit.
Bagaimanapun keadaan sedikit tegang apabila wanita itu mula menunjukkan ā€˜perangai mengada-ngada’nya apabila meminta lampin pakai buang berjenama dan mahal.

Namun, NGO terbabit dengan sopan membalas ā€˜permintaan’ wanita itu dengan memberitahu stok bantuan lampin pakai buang hanya boleh diberikan berdasarkan dana penyumbang.
Ekoran ā€˜permintaan’ itu tidak ditunaikan wanita terbabit telah membalas perbualan itu dengan bahasa kasar dan turut memarahi pihak NGO tersebut.

ā€œAnak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku.
ā€œTak mampu bagi cakap siang-siang banyak lagi NGO mampu bagi. Bagi jela pampes buruk tu untuk rakyat yang selayaknya, sikit pun aku tak heran,ā€ balas wanita itu kepada NGO tersebut.

Susulan tangkap layar yang tular itu, orang ramai telah ā€˜menyerang’ wanita itu dengan rata-ratanya meninggalkan reaksi marah pada hantaran masing-masing.
ā€œDah susah buat laa cara susah, orang dah bagi pampers kau sibuk nak yang branded (berjenama). Sedarlah diri tu dah susah, kalau nak yang branded, pergi beli sendiri, sedar diri tu kak,ā€ tulis Raihana Aiman.

Pada masa sama, pengguna Facebook dikenali sebagai Farah Farah turut menasihat wanita itu agar melatih anaknya supaya tidak memakai lampin pakai buang lagi memandangkan usia anaknya sudah mencecah lima tahun.

ā€œSaya mampu beli pampers anak, tapi seawal 3 tahun dah ajar anak kencing berak kat tandas. Ini ada kemahiran hidup dan kita kena latih anak.
ā€œMemang ambik masa, 2 bulan untuk elakkan terkucil, dan stress bila kencing sana sini. Tapi kita sebagai ā€˜parents’ kena bantu anak untuk berdikari cuma waktu malam ja masih belum berjaya, kena pakai pampers,ā€ nasihatnya.-K! ONLINE.

sumber - https://www.kosmo.com.my/2021/07/03...CsqJPLt2ptemhb8Jh4UiNZdBDdLv-yEiJmm9s2honlPm4

Nak mintak tolong pun kena lah jaga budi bahasa
Merendah diri
Cakap elok²
Orang pun senang hati nak tolong
Ni kalau dah berkasar
Orang pun jadi tawar hati nanti
 
Ini memang melayu pemalas....... Pemalas tahap gaban..... Siap mengaku pula tu

5tahun anak pakai lampin lagi 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
 
Dah berumur 5 tahun masih pakai diaper?
 
Ini memang melayu pemalas....... Pemalas tahap gaban..... Siap mengaku pula tu

5tahun anak pakai lampin lagi 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Jenis pemalas macam tu bagi jer kain lampin….biar dia buat kerja sikit basuh jemur kain lampin anak tu. macam tu punya mak pun ada ke?šŸ˜‚šŸ˜‚
 
Back
Top
Log in Register