BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita ditegur, mengaji pakai mikrofon masjid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wanita ditegur, mengaji pakai mikrofon masjid​

geli-ngaji.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan wanita itu ditegur oleh seorang lelaki kerana mengaji menggunakan mikrofon dan pembesar suara masjid. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan seorang wanita ditegur kerana mengaji sambil menggunakan mikrofon sebuah masjid pada waktu malam.

Kejadian dipercayai berlaku di Madiun, wilayah Jawa Timur, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kajimbonang menunjukkan perakam menegur seorang wanita yang sedang mengaji menggunakan mikrofon dan pembesar suara masjid.

Selain mengaji pada waktu malam, teguran dibuat kerana dia didakwa mengganggu ketenangan warga setempat.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau ada adab, tegur sahaja. Tidak perlu merakam video,” kata seorang netizen.

“Dengar dangdut sampai pagi boleh pula?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register