BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Applecrumby Lancar Lampin Dewasa Pertama "Liv & Branche"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Applecrumby Lancar Lampin Dewasa Pertama "Liv & Branche"​

5dd94b0bf74b5681f24a02721a9f1c696a903e66a588f

c18a10aec77537e2bdf146a22e3c86596a903f45dead3

7fd129ac3cafd2e29831f09fbd7a3caf6a90405735f23

Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari (kanan), melancarkan Liv & Branche bersama dengan CEO & Pengasas Bersama Applecrumby, Sean Tan (tengah) dan COO & Pengasas Bersama Applecrumby, Jesmine Tan (kiri). -- Kredit Foto: XIN° Communications

Jenama lampin bayi tempatan Applecrumby kini memasuki segmen penjagaan dewasa menerusi pelancaran Liv & Branche, lampin dewasa keluaran pertamanya hari ini.

Pengasas bersama Applecrumby Sean dan Jesmine Tan menerusi kenyataan berkata peluasan itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat menyokong keperluan keluarga yang bukan sahaja menjaga anak-anak, malah ibu bapa yang semakin berusia.

“Ketika memulakan Applecrumby, kami hanyalah dua ibu bapa yang mahu memastikan anak kami selamat dan selesa. Bertahun-tahun kemudian, perkara yang sama masih kami bincangkan, cuma kini ia melibatkan ibu bapa kami sendiri atau ibu bapa rakan-rakan kami.

“Liv & Branche lahir daripada niat yang sama iaitu untuk membalas jasa mereka yang telah menjaga dan berkorban demi kami,” menurut kenyataan itu.

Pelancaran Liv & Branche dilakukan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari hari ini di Sunway Sanctuary, Subang Jaya, Selangor.

Menurut Applecrumby, Liv & Branche menampilkan teras penyerap antibakteria dan bebas klorin serta direka bagi membantu mengekalkan kekeringan dan kesihatan kulit, khususnya pengguna dewasa yang mempunyai kulit lebih sensitif.

Rangkaian berkenaan turut direka untuk memberikan perlindungan harian, keselesaan dan maruah diri kepada pengguna, selain Applecrumby menyokong organisasi penjagaan warga emas, komuniti penjaga dan inisiatif impak sosial menerusi sumbangan produk, program kesedaran serta kerjasama komuniti.

Sementara itu, Applecrumby turut menganjurkan forum Living Golden: Redefining What It Means to Age Well yang membincangkan peningkatan populasi warga emas, cabaran penjaga serta keperluan mempersiapkan masyarakat menghadapi proses penuaan.

Forum itu menghimpunkan wakil Applecrumby, Universiti Sunway, Sunway Sanctuary, SeniorsAloud Community serta komuniti penjaga dan advokasi Alzheimer.

 
Back
Top
Log in Register