BTC USD 98,150.4 Gold USD 2,691.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita dedah taktik ‘founder’ tiba-tiba jadi kaya, produk pun orang tak kenal

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,935
Top Poster #6
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,935
Reaction score
4,120
Points
266
Awards
1

Taktik founder kosmetik ini terbongkar, “buat-buat jadi jutawan je sebenarnya”​

KAMAL SUBLI
Taktik founder kosmetik ini terbongkar buat buat jadi jutawan je sebenarnya


Taktik founder kosmetik ini terbongkar, “buat-buat jadi jutawan je sebenarnya”. Kebanyakan founder produk kosmetik dan kecantikan di Malaysia ini mengamalkan gaya hidup mewah dan selalu tayang kemewahan mereka di media sosial.
Namun, tanpa ramai ketahui bermegah dan menunjukkan kekayaan kepada dunia luar itu adalah salah satu cara mereka untuk ‘menipu’ orang.

Seorang individu telah tampil dan mendedahkan cara sesetengah pengasas kosmetik terkenal gunakan untuk tarik agent dan pelanggan.
Individu yang tidak mahu namanya dikenali itu turut menyeru rakyat Malaysia untuk unfollow semua pengasas kosmetik dan tidak memberikan mereka perhatian yang dimahukan.
Kata individu ini, mereka tayangkan kemewahan untuk memperdaya netizen yang hidup susah dan sedang memerlukan wang ringgit supaya menjadi agent.

Taktik founder kosmetik ini terbongkar, buat-buat jadi jutawan je sebenarnya


Kau nak tahu macam mana dia jadi jutawan sedangkan produk dia tak pernah pun nampak orang pakai? Tak pernah nampak pulak dijual dekat pasar raya? Sebab AGENT IALAH PELANGGAN FOUNDER.”

Beli timbang kilo, letak sticker jenama​

Berikut adalah perkongsian lanjut individu itu:
  • Founder beli produk timbang kilo. Tampal sticker jenama mereka dan jual secara pukal kepada agent
  • Agent menggunakan wang berpuluh ribu untuk membeli stok daripada founder
  • Produk tidak terkenal, tidak berkesan dan tiada yang membeli menyebabkan agent terpaksa tanggung kerugian
  • Founder sudah dapat semua wang kerana semua stok sudah terjual secara pukal kepada agent

Salahkan agent tak reti buat ‘marketing’​

Jelasnya lagi, mereka akan salahkan agent kerana tidak tahu membuat ‘marketing‘ yang bagus untuk menjuak produk. Jadi founder akan menyuruh agent sertai kelas pemasaran dan mereka perlu mengeluarkan duit sekali lagi untuk membayar yuran itu pula.
Keluar lagi duit beribu nak bayar kelas marketing dia yang sebenarnya haram apa pun tak berguna. Lepas tu ulang balik kitaran di atas tu.”
Mengakhiri perkongsiannya, individu ini berharap agar orang Melayu tidak tertipu dengan helah kebanyakan pengasas kosmetik yang menggunakan cara ini untuk menjadi kaya raya dan ‘claim‘ produk mereka habis terjual.

Dia juga berpesan kepada orang lain yang menjadi pelanggan supaya tidak membeli kosmetik jenama pelik-pelik untuk digunakan setiap hari.
Sebaliknya, beli saja kosmetik atau produk penjagaan wajah yang dijual di farmasi seperti Watsons dan Guardian kerana lebih murah dan selamat.

sumber - https://www.mhdaily.net/taktik-founder-kosmetik-ini-terbongkar-buat-buat-jadi-jutawan-je-sebenarnya/
 
Sponsored Post

Modus operandi sama je
Entah dari mana muncul
Tahu-tahu jadi founder
Siap claim ada kelulusan KKM

Tak lama lepas tu produk kena banned dengan KKM
Maka ejen pun berair mata la tanggung rugi puluh-puluh ribu
Founder dah hilang entah ke mana

Bila reda isu tu
Muncul pula si founder tu dengan produk timbang kilo baru
Tetap ada juga nak tertipu jadi ejen

Ulang lah proses tu sampai bila-bila
Selagi ada termakan umpan
Selagi tu lah menda ni jadi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register