BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tengah pandu kereta tiba-tiba jadi gelap

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14015790263731949-304439.jpg



PETALING JAYA – Pemandu dan penumpang sebuah kereta berdepan detik cemas apabila sekeping kain iklan gergasi menutupi kenderaan mereka selepas ia tertanggal daripada papan iklan di tepi jalan.

Insiden berkenaan dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di laluan bertentangan, sekali gus merakam detik cemas tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemandu tersebut selain menyarankan agar tindakan undang-undang diambil terhadap pihak pengiklan atau pemilik papan iklan terbabit.

“Tahniah, anda (mangsa) sudah menang loteri saman. Pergi cari peguam secepat mungkin, minta dia uruskan demi keadilann untuk awak,” komen @Rizalzzz.

“Kes ini boleh saman. Nombor telefon syarikat ada pada tiang iklan itu. Buat laporan polis dan lantik peguam. Ini boleh jadi peluang untuk mangsa itu dapatkan pampasan untuknya,” komen @EmreeJaa.

“Wah, mesti ramai peguam mahu ambil kes ini sebab kalau menang, silap-silap boleh jadi jutawan,” komen @MuhammadZaimi. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

From hero to zero, terbaik abang polis 👍🏻👍🏻
 
Back
Top
Log in Register