BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wahabi Boleh Meliwat dan kaitannya dengan DR MAZA

kurang ajar betul TT nih. jangan hina Dr Maza...
 
umnoi dah smakin kronik hingga menutup kesalahan dosa menjunjung dasar bukan islam dgn memutarbelitkan kefahaman dlm islam yg diperjuangkan oleh pembela islam bg menjatuhkan kerajaan yg banyak melakukan kerosakkan.
 
huish TT ni hari ni direct bukak thread fitnah.haish
 
bukan TT yang mengatakan Maza berkata begitu..tapi orang dalam screen shot tuh yang berkata macam tuh..apa pun kene tanya orang dalam screen shot tuh laa..TT cuma menyampaikan apa yang ada dari SS tuh jer..:))

ps: ada juga yang fitnah TT..lawak betul..nasihatkan TT jangan fitnah..dalam masa yang sama fitnah TT..apa pun toll laa..

TT mmg tak suka wahbi...tak baca thread die kutuk Nik Aziz ker
 
Kenapa Asri dan Pendakyah Wahabi Takut Digelar Sebagai Wahhabi?

Sejarah hitam Muhammad Bin Abdul Wahhab kelihatan amat terang dan nyata sekali di dalam masyarakat Islam. Bila disebut kalimah wahhabi, umat Islam setempat akan membayangkan suatu kumpulan yang baru datang memporak- perandakan masyarakat dan memecahbelahkan Umat Islam. Dan ini memang benar-benar berlaku dan nyata dibila dirujuk sejarah golongan wahhabiyah ini.
Ahbash
Apakah itu ahbash? ada yang menjawab mereka adalah satu kumpulan takfir, ada pula yang mendakwa mereka sebagai pelampau agama, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan pelaku bida’ah, namun saya katakan INI SEMUA LAHIR DARI LISAN WAHHABI. MAKA tidak hairanlah jika kitamendengar perkataan yang sama dari mulut Asri yang‘bergincu’, yang mana maklumat si Asri hanya bersumberkan tokoh liwat Syria, Abdur Rahman Dimasyqiah al-Wahhabi,( yang mana saya telah sebutkan sebelum ini) .
Adakah seorang yang disabitkan dengan jenayah liwat dikira sesuai untuk dijadikan sandaran dalam agama? atau si Asri lebih gemarmerujuk blog bankahbash.blogspot.com dalam menilai sesuatu kebenaran berbanding Al-Quran dan Al-Hadis? Atau si Asri tidak sanggup menerima hakikat bahawa Muhammad Abdul Wahhab sebagai tokoh Al-Fattan dan Qarn Syaithan (tanduk Syaithan) seperti yang tersebut dalam hadis-hadis an-Nabawiyyah, dan ramai ulamak muktabar menolak Muhammad Bin Abdul Wahhab ini baik sezaman dan selepasnya.
Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):
Ibn ‘Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”.
Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.
Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.
Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.
Tentang najad ini hamba rujuk :
http://www.geocities.com/traditionalislam/hadith_najd_kebenaran_yang_digeruni.htm
Kenapa Wahhabi? Siapakah Wahhabi? Adakah seseorang dilabel sebagai wahabi kerana mereka:
1)Tidak qunut subuh?
2)Tidak melakukan tahlil arwah?
3)Tidak menyambut maulid?
4)Tidak melakukan amalan talqin?
5)Menolak sunnah thoriqah?
6)Tinggal dan belajar di saudi?
7)Menolak kewajipan bermazhab ?
Maka saya katakan, Ya Syeikhul Fattan, seorang itu dipanggil WAHABI kerana :
1) Mentasybih dan Menjisimkan Allah Taala dengan makhluk-Nya. Seperti kata setengah golongan wahhabi : Allah duduk bersemayam di atas arasy, ataupun yang mengatakan Allah duduk di atas arasy tapi kononnya tidak sama macam makhluk.
Puak-puak ni mengatakan : Kalau Allah tidak berhajat kepada tempat, ini menafikan kewujudan Allah!
Saya katakan : Subhanaka haza buhtanun ‘azhim! Sebagaimana diitsbatkan kewujudan Allah Taala sebelum dijadikan mana-mana tempat Allah wujud tidak bertempat, begitu juga setelah Allah Taala menjadikan tempat Allah wujud tanpa bertempat, dulu kini dan selama-lamanya. Ini tidak menafikan kewujudanNya. Tuan-tuan, gologan wahhabi ini mereka tidak menerima sekali-kali Allah ini wujud jika tiada bertempat.
2) Mengkafir umat Islam secara keseluruhannya.
Wahabi ini menuduh umat Islam Salaf dan Khalaf yang bertawassul dengan para nabi atau sahabat ,tabiin dan wali –wali Allah yang soleh ADALAH kafir.
Dengan ini mereka mendustakan HADITS SOHIH yang diriwayat para ulamak muhaddithin seperti :
1) Imam Al-Hafidz Thobroni dalam “Mu’jam Kabir”dan “Mu’jam soghir” dan mensohihkan hadis tawassul tersebut.
2) Imam Syeikhul Islam As-Subky di dalam kitab “Syifa-us-Saqam”.
3) Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi di dalam kitabnya “Dala-il An-Nubuwwah” dan kitab Syu’ab al-Iman.
4) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani. Beliau menyebut cerita tentang lelaki yang datang kepada kubur Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam lalu bertawassul dengannya. Ibn Hajar Mensohihkan sanad hadis ini di dalam kitab Fathul Bary jilid 2 m/s 495.
5) Imam Al-Hafidz Al-Dimyathi.
6) Imam Al-Hafidz Abu Al-Hasan Al-Maqdisy.
7) Syeikh Huffaz Al-Hafiz ‘Iraqy.
8) Imam Al-Hafidz Al-Darulqutny.
9) Imam Al-Hafidz Nawawi.
10)Imam Al-Hafidz Imam Al-Nasai’.
11) Imam Al-Hafidz Al-Lughawi Murtadha Az-Zabidi Al-Hasani.
12) Ibn Sunni di dalam ” ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah”.
13) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Imam Al-Bukhari dalam “adab al-mufrad”.
14) Imam Al-Hafidz Tirmizi.
15) Al-Hakim Abu Abdillah di dalam kitabnya ” Mustadrak”. Beliau menyebut hadits bertawassulnya Nabi Adam dengan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wassallam serta mensohihkan hadits tersebut.
16) Imam Al-Hafidz Jalaluddin As-Suyuty dalam kitabnya “Khaso-is Al-Qubra”. Beliau menyebut tentang hadits tawassulnya Nabi Adam.
17) Imam Al-Hafidz Abu Al-Farraj Ibn Jauzy di dalam karyanya “Al-wafa’ “.
18) Imam Al-Hafidz Al-qadhi ‘iyadh dalam kitabnya ” As-Syifa’ Fit Taa’rif Bi Huquqil Mushthofa Sollallahu ‘Alaihi Wassallam”. Beliau menyebut keharusannya pada bab Ziarah dan juga pada bab kelebihan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam.
19) Imam As-syeikh Nuruddin Al-Qory yang terkenal dengan gelaran Mulla ‘Ali Qory di dalam syarahnya terhadap kitab Syifa’.
20) Imam Al-Hafidz Al-Qoshtholany di dalam kitabnya “Al-Mawahibul Ladunniyyah” pada bahagian awal kitabnya.
21) Al-Allamah As-Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqiy Al-Zarqany dalam syarahnya pada kitab Al-Mawahib (jilid 1 m/s 44).
23) Imam Syeikhul Islam Abu Zakaria Yahya An-Nawawi di dalam Kitabnya ” Al-i-dhoh” pada bab yang ke 6 m/s 497)
24) Al-Allamah As-Syeikh Ibn Hajar Al-Haitamy dalam “Hasyiah ‘Ala Al-i-dhoh”, m/s 499. beliau membincangkan keharusan bertawassul secara khusus di dalam bab yang di namakan ” Al-Jauhar Al-Munazzhom”.
25) Imam Al-Mufassir Abu ‘Abdullah al-Qurthuby di dalam tafsirnya pada Jilid yang ke 5 m/s 265.
Antara sahabat yang bertawassul dan meriwayat hadis- hadis ini :
1) Abdullah Ibn ‘Umar
2) Uthman Bin Hunaif
3) Bilal bin Harits
Adapun pandangan Al-Albaani yang mengatakan hadis ini dhoif tidaklah boleh diterima kerana dia tidak pernah sampai ke martabat Al-Hafiz atau Muhaddits maupun Musnid, jauhnya seperti langit dan bumi.
Bahkan bila kita teliti pandangan wahhabi yang mengatakan tawassul ini syirik, mereka sebenarnya mendustakan dan MENGKAFIRKAN penghulu kita Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam yang mengajar doa tawassul ini : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي
Adakah nabi Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam mengjar kepada kita suatu doa yang membawa kepada syirik??
Saya katakan : Subhanaka haza Buhtanun ‘Adzim!!
HADIS TAWASSUL
Sesungguhnya At-Thabrani dan al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang mengadukan halnya kepada Sayyidina Utsman bin Affan dizaman pemerintahannya, tetapi Saiyyidina Utsman tidak berpaling kepadanya dan tidak memandang kepada hajat yang diperlukannya [kerana kesibukan]. Lelaki itupun berlalu dan mengadu pula kepada Utsman bin bin Hunaif tentang hal itu. Mendengar hal itu, Utsman bin Hunaif pun berkata kepadanya: Kalau begitu pergilah kamu ke tempat berwudhu dan berwudhulah, kemudian datangilah masjid dan bersholatlah. Lepas itu berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dan aku menghadap kepadaMu melalui nabiMu yang penuh kasih sayang, Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap [hajatku] dengan [perantaraan]mu kepada Tuhanku agar diperkenankan bagiku hajatku. Dan engkau sebutlah hajatmu. Lelaki itupun berlalu dari situ dan melakukan suruhan tersebut.Kemudian dia datang ke pintu rumah Sayyidina Utsman . Tiba-tiba datang seorang penjaga pintu lalu menarik tangannya masuk kedalam dan didudukkan bersama-sama Saidina Utsman . Sayyidina Utsman berkata: Sebutlah hajatmu itu. Lalu lelaki itupun menyebut dan akhirnya Sayyidina Utsman pun menunaikan hajatnya. Sayyidina Utsman bertanya lagi: Kalau kamu mempunyai hajat lagi, sebutlah.Selepas itu lelaki itupun keluar lalu menemui Utsman bin Hunaif dan berkata kepadanya: Moga-moga Allah membalas jasamu dengan kebaikan. Tidaklah ia memandang kepada hajatku sehingga engkau mengajarkan kepadaku. Ibn Hunaif lantas menjawab: Demi Allah, tidaklah aku mengajarmu, tetapi sebenarnya aku telah menyaksikan bahwa Rasulullah ketika didatangi oleh seorang buta mengadu akan hilangnya penglihatannya ………. (hingga akhir hadits .. Maka ini adalah tawassul dan seruan selepas wafat Rasulullah.
Syeikhul Takfir
Siapakah syeikhul takfir ini sebenarnya ? Kenapakah disembunyi identitinya?..
Untuk menjawab soalan ini,mari kita lihat bukti yang didedahkan oleh ulamak-Ulamak bahawa Muhammad Bin Abdul Wahhab inilah sebenarnya Syeikhul Fattan dan Syeikh Takfir.
Mengkafirkan ulama najd, lihat Al-Durar m/s 10,15.
Mengkafirkan ulama mazhab hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya,lihat Al-Durar m/s 10,13.
Muhammad Bin Abdul Wahhab kafirkan orang perseorangnan. Antaranya dia mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim mazhab hanbali),lihat Al-Durar m/s 10,64.
Mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114) (118,117,119) beliau mengatakan bahawa mereka lebih kafir dari Yahudi Dan Nasoro.
Mengkafirkan penduduk makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7.
Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam knyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : “Dia (Ibn ‘Arabi) lebih kufur dari firaun sesiapa yang tidak mengkafirkannya , maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya.”
Mengkafirkan Imam Al-Razi pengarang kitab tafsir yang masyhur, tafsir al-kabir.Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini dia sandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab “Iqtidho’ As-Sirot Al-Mustaqim”. Tetapi apabila ulamak merujuk dakwaan kenyatan ini ,ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.
Mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi lihat Al-Durar 2/45.
Dia mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam mazhab adalah usaha yang kufur,lihat Al-Durar 2/59.
Mengkafirkan ulama kalam (ulamak usuluddin). Dia berkata ’ulama’ telah ijmak mengkafirkan ulamak kalam. lihat Al-Durar 1/35.
Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk riyadh, tarikh najd tulisan Husain Bin Ghannam m/s 137-138, Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut ” tidak ada dari seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah”.
Golongan wahabi
1. Mengkafikan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan (wahhabi) berkata: ” Pengikut Al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah”. Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, m/s 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’ di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman tidak ketinggalan mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid m/s 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh.
2) Mengkafirkanmereka yang menyebut selawat syifa’ ,IbnBazz (wahhabi) berkata : ” lafaz selawatini adalah syirik“. Rujuk kitab “Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid” , Karangan Muhd Jamil Zainu, m/s 83,89, Cetakan Darul Fatah.
3)Mengkafirkan saiyyidah Hawwa.
4) Mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab ” Majmu’ Al-mufid Min ‘Akidah Tauhid” ,m/s 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr Riyadh. Nash kata-kata mereka ialah : ”perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi YAHUDI, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi”.
5) Mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa dengan makna istaula di dalam kitab mereka “Halaqaat Mamnu’ah “, Tulisan Husam Al-Aqod ,Cetakan Darus Sahabah ,Tonto.
6) Mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: ” Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang yahudi “. rujuk kitabnya ” Tahzir minal Bida’ah”, m/s 5, Cetakan Riyadh Saudi.
7) mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin,berkata abu bakar al jazai iri, di dalam kitab aqidatul mukmin m/s 144’ tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarksan mereka dari islam dan berkekalan dalam neraka.’
Wahabi mengkafirkan Ibn Hajar Al-Asqolany dan Imam Nawawi dalam kitab mereka ” liqa’ babil maftuh“.
9) Wahabi mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya’. Ibn Bazz berkata: ” istighasah dengan nabi –nabi adalah syirik”. Rujuk kitabnya ” ‘akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha”, m/s 22, Cetakan Darul Watan Riyadh.
10) Wahabi mengkafirkan mereka yang mengucapakan “good morning” and “good night”, dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak yahudi di dalam kitab mereka “Akhtho’ Sya’i’ah”, Karangan Muhd Zainu, m/s 67.
11) Mengkafirkan penduduk Islam di Hijaz dan Yaman , berkata Ibn Bazz: ” telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dari Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur.”
12) Mengkafirkan penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn ‘Arabi. Rujuk ta’liq Ibn Bazz pada kitaq “Fathu Majid”, m/s 217, Cetakan Darul Aulaanah.
13) Mengkafirkan penduduk Islam di Mesir.Wahhabi mengatakanbahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab “Fathul Majid” m/s 206, Cerakan Aula Nahi.
Islam vs Liberal
Berkata Mohd Asri Bin Zainul ‘Abidin, Mufti Al-Kazzab di dalam Majalah I m/s 33:
” sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh di cari hanya beberapa klik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir , jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan islam itu dengan mengizinkaN kepelbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan.”
Sekira maklumat yang Asri sebarkan itu jelas penipuan dan pengkhianatan…adakah asri nak mengatakan ianya ilmiyah dan berfakta…??
sumber : http://zakuanfaiz.blog.friendster.c...ndakyah-wahabi-takut-digelar-sebagai-wahhabi/
Tambahan lagi :
Dr asri secara jelas menyanjung tokoh wahhaby di muka surat 3 pdf ini http://drmaza.com/home/wp-content/wahhabi.pdf sedangkan jelas juga bagi kita bahawa Muhammad Abd Wahab itu telah mengkafirkan ramai orang seperti yang anda dapat baca di atas.
Bahkan Dr Asri telah menuduh golongan sesat ini telah meresap dalam pejabat agama negara kita. Apakah ini bermakna Dr Asri sanggup mengatakan fahaman ahli sunnah yang diamalkan dan ditegak oleh pejabat agama itu adalah sesat ? Katanya di pdf tersebut halaman 1 : Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan agamawan tempatan.
Patutlah Dr Asri kerap mengkritik JAKIM dan JAIS dalam hal ini kerana sememangnya Wahhaby ini telah ditentang keras oleh pejabat agama di negara kita. Ini kerana ia fahaman sesat dan songsang dan boleh merosak akidah umat Islam. Bahkan Asri sendiri mengakui fahaman wahabi yang dibawanya adalah berbeza dengan pandangan agamawan tempatan. Maknanya ? tentu berbeza dari aspek sahih dan disepakat oleh agamawan tempatan kerana mereka tidak dapat menerima fatwa sesat Syeikhul Takfir Muhammad Abd Wahab dan mereka yang sealiran dengannya.
 
Kalau begitu banyak keburukan Muhammad bin Abdul Wahab tidak salah memuji kebaikannya tanpa berlebihan. List yang TT bawa berkenaan ciri2 wahabi banyak yg tidak releven dengan peribadi dr Asri. Perbezaan pendapat yg dr Asri kemukakan bukan cakap kosong tapi disertakan hujah Quran dan hadith. Memang dalam Jakim Jais dan jabatan agama perlu diperbetulkan kerana mereka bukan sempurna. Dr Asri pun bukan sempurna tapi beliau memberi hujah yg baik apabila timbul suatu permasalahan.
 
Isu lama ni.

Dr Asri: Saya Bukan Wahabi Dan Tak Tahu Apa Itu Wahabi!

Oleh ZIEMAN PETALING JAYA:*Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.

Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.

"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi."Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi."Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.

"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini."Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.

"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan."Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

.Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam."Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan."Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.
 
Last edited:
walaupun tt bukan pembuat cerita ni tapi fitnah yang dibawa tu tanpa bukti yang kukuh akan boleh dianggap fitnah,pembawa fitnah tu jugak akan terpalit dengan dosa pembuat fitnah.jgn bawak bukti sampah mcm nie.. bandingkan ilmu kita nie dengan ulama yang anda dakwa terpesong tu,baru boleh nak kritik.. kalau al quran pun xpenah khatam,baik xpayah nak kritik alim ulama..
 
huhuhu bila dr asri ckp nak bertanding pd pru13 umno dah mula tabuq fitnah.alahaiiiiiiiii keje jijik umngok depa pikir rakyat vangang mcm depa gak... TT jom kita sokong riduan tee kihkihkih
 
Back
Top
Log in Register