BTC USD 104,633 Gold USD 3,376.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandangan Agama oleh Dr Maza

Sponsored Post

Aku x suka Dr Maza sb dia x panggil orang menate beruk dalam masjid dan kurang menglipurlara...amat tidak menarik
Aku pun tak suka bang...

Sebab dia buat kuliah tak buat lawak yg boleh ketawa berdekah dekah...

Boring....takda woww factor...
 
Aku pun tak suka bang...

Sebab dia buat kuliah tak buat lawak yg boleh ketawa berdekah dekah...

Boring....takda woww factor...
Kurang cerita wali wahabi terbang atau blink..blink smpai mekah or madinah serta jumpa rasullah masa majlis ya banana depa...
 
xELr2D.jpg

. .
 
HAL PERTAMA SETELAH BANGUN PAGI

Perkara pertama yang datang ke dalam fikiran seorang muslim apabila terbangun dari tidurnya di waktu pagi ialah solat, doa dan zikir. Maka, pergerakan dirinya selepas bangun pagi semuanya ke arah solat, doa dan zikir, bukan selain itu. Dengan ketulusan itu, maka fikiran dan tumpuannya tidak terganggu sehingga solat tahajud, doa dan zikirnya tenggelam dalam kekhusyukan. Dengan itu, dia memperolehi solat yang mendamaikan, doa yang mustajab dan zikir yang menenangkan jiwa.

Adapun mereka yang bangun pagi ingatannya terus kepada handphone atau selainnya lalu itu yang diberikan perhatian dulu pasti kekhusyukannya terganggu. Maka di sini dapat hayati maksud orang bangun kerana ingin beribadah seperti yang ALLAH sebut:

[Surah As-Sajdah: 16]
Maksudnya: "Mereka merenggangkan lambung mereka dari tempat tidur, (kerana untuk beribadah ); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (kurniaanNYA); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
 
Tiga perkara menjadi teras bahagia seorang hamba di dunia ini; apabila Allah kurniakan nikmat, dia bersyukur, apabila Allah uji dia bersabar dan apabila melakukan dosa dia beristighfar.

Tiga perkara ini jika ada, ia tanda keselamatan seseorang hamba di dunia dan akhirat
 
Antara kealpaan insan adalah apabila dia merasakan nikmat ALLAH untuk dirinya itu hanyalah makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan wang sahaja. Lalu dia merasa syukur kepada ALLAH dengan kadar apa yang dia rasa pada perkara-perkara tersebut semata.

Dia lupa nikmat-nikmat lain yang jauh lebih besar. Dia lupa nikmat hidayah (petunjuk ke jalan yang benar), nikmat iman, nikmat ilmu, nikmat beramal soleh, nikmat menginsafi dosa, nikmat ditutup keaiban diri, nikmat kesihatan, nikmat keamanan hidup, nikmat ketenangan jiwa, nikmat akal, nikmat pancaindera, nikmat anggota tubuh, nikmat tidur, nikmat kasih-sayang, nikmat keluarga, nikmat ibubapa, isteri dan anak, nikmat teman dan sahabat, nikmat dimudahkan urusan dan segala yang lain. Semua itu jika hendak dibeli dengan wang ringgit tidak terbeli.

Maka, ucapkanlah ALHAMDULILLAH, dengan penuh kesyukuran yang mendalam di jiwa. Janji ALLAH
"Jika kamu bersyukur, nescaya AKU benar-benar tambah untuk kamu (nikmatKU)". ( Surah Ibrahim, ayat 7)
 
Tiada hamba yang berulang-ulang memohon dan meminta kepada ALLAH sesuatu perkara tanpa jemu, melainkan hamba itu akan menyaksikan kemustajaban doanya.

Hasratnya itu akan muncul dalam wajah yang dia sangka atau tidak sangka. Menjelma dalam pelbagai cara, warna dan rupa. Kadang-kala hamba itu sendiri tidak menduga atau terlepas pandang bahawa keinginan telah hadir dalam hidupnya dan berada di hadapan matanya, atau dalam genggamannya. Ini kerana hamba itu sering dangkal dalam khayalan dan andaiannya. Maka, telitilah kehidupan, bersyukurlah kepada Tuhan.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register