BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuliah dan Karya Dr Zulkifli Al-Bakri

SmileAlways

Legendary Member
gem
Messages
16,115
Joined
Aug 11, 2014
Messages
16,115
Reaction score
1,132
Points
206
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seorang tokoh terkemuka negara.
pernah menjadi mufti wilayah persekutuan dan menteri agama.

mempunyai laman sesawang yg banyak dikunjungi. menjawab berbagai soalan agama dari masyarakat.

zulkiflialbakri.com

maktabahalbakri.com

juga mempunyai aplikasi iaitu al inarah

saluran youtube
youtube.com/@DatukDrZulkifliMohamadalBakri
 
Last edited:
dr zulkifli bakri.jpg

Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
 
melihat kpd kepelbagaian mazhab
 
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah Rasulullah SAW akan mengambil yang mudah selama mana tidak berdosa?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya: “(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
Surah al-Baqarah: 185

Menurut Syeikh al-Sa‘di, ayat ini bermaksud Allah menghendaki hal yang memudahkan bagi kamu jalan yang membawa kamu kepada keredhaan-Nya dengan kemudahan yang paling mudah dan meringankannya dengan keringanan yang paling ringan. Oleh kerana itu, segala perkara yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya pada dasarnya adalah sangat mudah sekali, namun apabila terjadi suatu halangan yang menimbulkan kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya dengan kemudahan lain iaitu dengan menggugurkannya atau menguranginya dengan segala bentuk keringanan. Namun, hal ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dibahaskan perinciannya, kerana perinciannya adalah keseluruhan syariat dan termasuk di dalamnya segala bentuk rukhsah dan keringanan. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman, 1/86)

Menjawab persoalan di atas, kami katakan benar sama sekali. Ini berdasarkan hadith Aisyah R.Anha berkata:

مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ قَطُّ إِلَّا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا، مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا، فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ، وَمَا انْتَقَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِنَفْسِهِ فِي شَيْءٍ قَطُّ، إِلَّا أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللَّهِ، فَيَنْتَقِمَ بِهَا لِلَّهِ

Maksudnya: “Tidaklah Rasulullah SAW disuruh memilih antara dua perkara melainkan Baginda akan mengambil yang paling mudah antara keduanya selagi ia bukan (perbuatan) dosa. Jika ia adalah dosa, maka Baginda SAW adalah manusia yang paling menjauhkan diri daripadanya. Dan Rasulullah SAW tidak pernah membalas pada sesuatu untuk dirinya sendiri, melainkan apabila hak Allah dilanggar, maka Baginda membalas dengannya kerana Allah.”
Riwayat al-Bukhari (6126)

Pernah satu ketika, berdasarkan petunjuk Nabawi kepada Sahabatnya, seperti berikuta; Bahawa Abu Hurairah R.A mengkhabarkannya:

أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَالَ فِي المَسْجِدِ، فَثَارَ إِلَيْهِ النَّاسُ ليَقَعُوا بِهِ، فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعُوهُ، وَأَهْرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ – أَوْ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ – فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya: Bahawasanya seorang arab badwi telah kencing di dalam masjid, maka orang-orang menyerbu ke arahnya untuk menyakitinya, maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka: “Biarkan dia, dan siramlah air kencingnya dengan sebaldi air – perawi syak: atau satu simbahan air – kerana sesungguhnya kamu diutuskan untuk memberi kemudahan, dan kamu bukan diutuskan untuk menyusahkan.”
Riwayat al-Bukhari (6128)

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.”

zulkiflialbakri.com/4768-mengambil-mudah
 

Kembara Ilmu Jerantut dan Jengka​

Kuliah Maghrib 29 Oktober 2025
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

 
Back
Top
Log in Register