BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usul Titah Diraja, Dua Rang Undang-Undang Diluluskan Dewan Rakyat Minggu Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
92c41a93b4cd98eea9be7cbdf0946b5d63835781e20ad


Persidangan minggu keempat Dewan Rakyat menyaksikan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja diluluskan selepas semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung perbahasan masing-masing.

Usul itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan 150 Ahli Parlimen mulai 20 Jan, disusuli sesi penggulungan daripada kementerian bermula 4 Feb hingga Selasa lepas.

Turut diluluskan pada persidangan minggu ini ialah Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.

RUU itu antara lain bertujuan menyokong usaha meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perjanjian penyelesaian terhasil daripada pengantara atau lebih dikenali Konvensyen Singapura, yang ditandatangani Malaysia pada 2019.

Turut diluluskan, RUU Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026  bertujuan memperkukuh asas perundangan operasi pengangkutan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Antara yang menjadi tumpuan pada sesi penggulungan Titah Diraja minggu ini termasuk Kementerian Dalam Negeri yang memaklumkan proses pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dimulakan selepas menerima kelulusan dasar Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.

Selain itu, Dewan Rakyat dimaklumkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang meneliti aspek teknikal susulan keputusan mewajibkan mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi semua aliran pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tumpuan diberikan kepada aspek penilaian pembelajaran, peperiksaan dan pemantauan kualiti melibatkan sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah persendirian Cina.

Turut menjadi tumpuan ialah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab, yang memaklumkan tindakan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion petrol dan RM5 bilion diesel.

 
kuatkuasakan undang2 pembinaan kuil haram sekali...kuota untuk peguam2 bangsa luar dikecilkan bilangan..
 
Back
Top
Log in Register