combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Persidangan Dewan Negara yang berlangsung selama 12 hari bermula dari 1 Dis lepas melabuhkan tirai hari ini, setelah menyaksikan 13 rang undang-undang (RUU) diluluskan.
Antaranya, RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025, RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025, RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Selain itu, RUU Perbekalan 2026, RUU Kewangan 2025, RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 di bawah Kementerian Kewangan, manakala di bawah Jabatan Perdana Menteri melibatkan RUU Antibuli 2025 dan RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025, diluluskan.
Turut diluluskan, RUU Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025 di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), RUU Rukun Tetangga (Pindaan) 2025 di bawah Kementerian Perpaduan Negara, dan RUU Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 di bawah Kementerian Komunikasi.
Sepanjang persidangan, antara yang menjadi tumpuan ialah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, bagi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada 2 Dis lepas.
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas di kebanyakan negeri akibat banjir baru-baru ini, selain menegaskan komitmen kerajaan untuk melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada 16 Dis, Anwar juga memaklumkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan dibentangkan di Dewan Rakyat tahun depan bagi memperjelas perbezaan antara pemberi maklumat tulen dengan penjenayah yang cuba berselindung di sebalik undang-undang berkenaan.
Selain itu, persidangan kali ini turut menyaksikan enam Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah pada 3 Dis.
Mereka termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Dewan Negara Ditangguh, 13 Rang Undang-undang Diluluskan
Dewan Negara, tangguh, Awang Bemee, Parlimen, RUU,