BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Sabah Lulus Empat Rang Undang-undang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
029da78ef6116053d14550f6c3dc95805fe3116fba264


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU), iaitu RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026, RUU Pengurusan Bangunan 2026, dan RUU Tanah (Hak milik Subsidiari) 2026.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai ketika membentangkan RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026 berkata RUU itu bagi memperjelas kedudukan undang-undang berhubung pemberian hari kelepasan am apabila berlaku pertindihan hari kelepasan pada Ahad.

Beliau berkata pindaan berkenaan adalah perlu bagi menutup kelompangan peruntukan sedia ada serta memastikan tafsiran jelas, konsisten dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaannya, sambil menjelaskan RUU itu tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan negeri.

“Melalui pindaan ini, diperjelaskan bahawa sekiranya hari gantian bertindih dengan satu lagi hari kelepasan am pada Ahad, ia akan secara automatik dibawa ke hari berikutnya. Ini seterusnya memastikan pelaksanaan hari kelepasan gantian dilaksanakan secara teratur, konsisten dan tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan.

“Pindaan ini memberikan kejelasan kepada penjawat awam, bank, institusi dan masyarakat umum dalam menentukan hari kelepasan gantian apabila berlaku pertindihan cuti pada Ahad. Dari sudut pentadbiran, ia satu langkah praktikal dan responsif dalam memastikan pengurusan hari kelepasan am dilaksanakan secara teratur dan konsisten,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Mojungki ketika membentangkan RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 berkata ia bertujuan meminda Ordinan Pengangkatan 1960 yang merupakan undang-undang untuk mentadbir pengangkatan anak di negeri ini.

Beliau berkata pindaan Seksyen 23 ordinan itu perlu dibuat bagi memperuntukkan bahawa Ordinan Pengangkatan 1960 tidak terpakai kepada orang Islam dan untuk membolehkan Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024 dilaksanakan dan dikuatkuasakan.

“Ini berikutan seksyen tersebut menghalang pemakaian mana-mana undang-undang lain termasuk Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024 bagi hal perkara berkaitan dengan pengangkatan anak,” katanya.

Beliau berkata DUN Sabah telah meluluskan Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024 pada November dua tahun lepas, bagi menyediakan peruntukan khusus mengenai pengangkatan anak dalam kalangan umat Islam Sabah berkuat kuasa pada 26 Dis 2024.

 
Back
Top
Log in Register