BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Dua Rang Undang-undang Perkukuh Tadbir Urus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Dua Rang Undang-undang Perkukuh Tadbir Urus​

f4ea3e24f69a4524fc58ce8d368461f9641c5d8e2ff27


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) – Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Dewan Negara yang ditangguhkan hari ini, menyaksikan dua rang undang-undang (RUU) baharu diluluskan selain mengetengahkan pelbagai langkah bagi memperkukuh tadbir urus negara, kedudukan fiskal, daya saing ekonomi, keterjaminan tenaga selain usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi.

Persidangan selama 10 hari bermula 20 Julai lepas itu meluluskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 dan Rang Undang-Undang Statistik 2026, masing-masing bertujuan memperkukuh disiplin pengeluaran daripada KWAN melalui tadbir urus lebih jelas serta mewujudkan kerangka perundangan statistik lebih moden dan komprehensif.

RUU KWAN telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong manakala RUU Statistik dibentangkan oleh Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Pada hari pertama persidangan, kerajaan memberi jaminan akan mengambil langkah bersesuaian bagi melindungi kebajikan rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan susulan konflik geopolitik di Asia Barat, termasuk melalui usaha menjamin bekalan, mengekang kenaikan harga, menyokong industri serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Turut menjadi tumpuan adalah penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil selepas dana persaraan itu merekodkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, di samping mengakui pengalaman pelaburan dalam eFishery yang merupakan kes penipuan korporat terancang sebagai pengajaran penting dalam membuat keputusan pelaburan pada masa depan.

Persidangan itu turut dimaklumkan bahawa Pos Malaysia akan meneruskan pelan transformasi bagi mengurangkan kerugian melalui rasionalisasi rangkaian, pengembangan saluran digital dan pengurusan berhemat selain kerajaan meneliti penubuhan Kumpulan Wang Perkhidmatan Pos sebagai mekanisme pembiayaan jangka panjang.

Seterusnya pada 23 Julai, Dewan Negara diberi penjelasan mengenai langkah kerajaan memperkukuh keterjaminan tenaga negara, termasuk penilaian terhadap keperluan mewujudkan stok simpanan strategik petroleum dengan mengambil kira implikasi fiskal, keperluan operasi, struktur tadbir urus serta amalan terbaik negara lain.

Kementerian Ekonomi memaklumkan komitmen dan jaminan perjanjian bekalan bahan api jangka panjang (petrol, diesel, minyak mentah dan gas) bagi tempoh 20 tahun yang dicapai bersama Rusia baru-baru ini adalah selaras, saling melengkapi dan tidak bercanggah dengan sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Kerajaan turut memaklumkan pelaburan Jepun yang diluluskan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) bagi tempoh 2021 hingga 2025 berjumlah RM10.5 bilion, melibatkan 46 projek yang dijangka mewujudkan sebanyak 9,009 peluang pekerjaan, sekali gus memperkukuh pembangunan industri berteknologi tinggi negara.

 
Back
Top
Log in Register