BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141
8b5504693f25d2233d3815995b5d0adc6909e913bb2c0


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 13 Okt lepas.

Rang undang-undang yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 10 Okt itu, diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa akan bermula esok hingga 27 Nov ini.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Belanjawan bertemakan "Belanjawan Rakyat" itu memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam  merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan, selain pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).

Persidangan bersambung esok.

 
Back
Top
Log in Register