BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus Usul Titah Diraja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,563
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,563
Reaction score
323
Points
141
92c41a93b4cd98eea9be7cbdf0946b5d63835781e20ad


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung perbahasan masing-masing.

Usul itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan mulai 20 Jan, disusuli sesi penggulungan daripada kementerian bermula 4 Feb.

Antara isu dibangkitkan dalam sesi perbahasan ialah usaha kerajaan membanteras rasuah secara lebih holistik dan komprehensif, pelaksanaan dasar kerja fleksibel serta pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Pada 19 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan akan diteruskan dengan sesi pembentangan Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan yang lain.

Persidangan bersambung esok.

 
Back
Top
Log in Register