BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Pulau rebutan & wilayah di Laut China Selatan

rebut wilayah ni
macam sejarah penjajahan lampau
belanda - potugis - inggeris

kuasa besar akan menang
pribumi jadi pencacai
 
Malaysia pemalu sangat tanah sendiri pun malu nak jaga, orang lain tumpang masuk berteduh pun dia malu nak halau
 
Malaysia pun patut rebut kepulauan Natuna drpd Indonesia...
drpd Geografi, Natuna sepatutnya berada dlm wilayah Malaysia...
xdelah sekitar kepulauan tu jadi tempat persembunyian lanun2 yang mengancam kapal2 dagang Malaysia akibat persempadanan maritim yg masih jadi pertikaian hinggakan tiada penguatkuasaan berkesan utk sekat lanun di Laut China Selatan...
 
baik wujudkan negara bernama Spratly..
baru laa xleh nak rebut..
 
Malaysia pun patut rebut kepulauan Natuna drpd Indonesia...
drpd Geografi, Natuna sepatutnya berada dlm wilayah Malaysia...
xdelah sekitar kepulauan tu jadi tempat persembunyian lanun2 yang mengancam kapal2 dagang Malaysia akibat persempadanan maritim yg masih jadi pertikaian hinggakan tiada penguatkuasaan berkesan utk sekat lanun di Laut China Selatan...

bukan laluan paling selamat ke?
 
Tiada Bot, Kapal China Di Beting Patinggi Ali - Hishammuddin

KOTA TINGGI, 28 Mac - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mengesahkan tiada bot dan kapal dari China menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali di Laut Cina Selatan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu disahkan Panglima TLDM Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin

"TLDM telah pantau perkara ini secara dekat serta terkawal dan saya sebagai orang bertanggungjawab, lega apabila beliau (Ahmad Kamarulzaman) sahkan perairan negara selamat," katanya selepas menyaksikan Acara Penembakan Peluru Berpandu STARStreak di Lapang Sasar Bumi Ke Udara, Tanjung Logok di sini, Isnin

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan keselamatan dekat Beting Patinggi Ali selepas terdapat laporan mengenai kehadiran bot China di kawasan itu

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Roslan Saad dan Ahmad Kamarulzaman

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika terdapat pihak luar yang cuba mewujudkan aktiviti ketenteraan di perairan negara

"Jika benar ada cubaan untuk mewujudkan aktiviti ketenteraan, kita akan lihat secara serius dan kita sentiasa bekerjasama rapat dengan negara jiran," katanya

Pada 24 Mac lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata kira-kira 100 bot dan kapal dari China dikesan menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali

Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diambil jika kapal berkenaan dikesan memasuki zon ekonomi eksklusif negara, kata Shahidan

Mengulas mengenai STARStreak, Hishammuddin berkata aset berkenaan dibeli bagi menggantikan sistem peluru berpandu STARBust yang telah usang dan ditamatkan pengeluarannya

Peluru berpandu STARStreak merupakan aset pertahanan udara aras rendah (VSHORAD) baharu milik Angkatan Tentera Malaysia

STARStreak buatan syarikat yang berpangkalan di Eropah, Thales itu memiliki kelajuan 1,000 meter sesaat dan mempunyai jarak keberkesanan sehingga tujuh kilometer

Sistem peluru berpandu itu mempunyai beberapa sistem antaranya sistem persenjataan mobil RAPIDRanger dan RAPIDRover, Next Generation Lightweight Multiple Launcher dan sistem komunikasi yang berkaitan
 
Ceroboh perairan Malaysia, Duta China dipanggil

01ihsanchina.transformed.jpg

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan laporan akhbar sebelum ini berhubung kehadiran sejumlah besar kapal nelayan mengibarkan bendera China yang menceroboh kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan

Berdasarkan laporan pihak berkuasa Malaysia, Kementerian Luar berkata, kapal berkenaan berada dalam perairan negara ini bersama kapal pengawal pantai republik itu

"Sehubungan itu, Kementerian Luar hari ini memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, untuk mendapatkan penjelasan dan memaklumkan kebimbangan Malaysia berhubung isu ini

"Kita percaya China berkongsi dan berpegang kepada sentimen hubungan rapat lagi meluas kedua-dua negara sudah lama berakar umbi

"Malah, ia kini dipertingkatkan kepada perkongsian strategik komprehensif," kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Kementerian Luar menegaskan, perkongsian itu berpaksikan kepada sikap saling menghormati kedaulatan, integriti persempadanan, kesaksamaan, persetujuan bersama bagi mengelak kekasaran dan campur tangan dalam isu dalaman negara masing-masing, manfaat bersama serta mengekalkan kemakmuran

Dalam konteks itu, Kementerian Luar yakin semangat setia kawan dan keikhlasan Malaysia-China dapat merumuskan penyelesaian secara damai bagi isu membabitkan kedua-dua negara

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, mendedahkan sekurang-kurangnya 100 bot dan kapal dari China dikesan di perairan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan, kira-kira 84 batu nautika dari Pantai Miri, Sarawak

Susulan laporan itu, tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak dihantar ke perairan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan dari Pantai Miri bagi membuat pemantauan
 
Back
Top
Log in Register