TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
WASHINGTON: Kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) belayar kira-kira 12 batu nautika dari sebuah pulau yang dituntut China dan dua negara lain di Laut China Selatan pada Sabtu, kata Pentagon
Ia sebahagian operasi bertujuan mencabar usaha untuk menyekat kebebasan pelayaran
Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis, berkata tiada kapal tentera China berada dekat dengan kapal USS Curtis Wilbur ketika ia melalui Pulau Triton di Kepulauan Paracel
"Operasi ini mencabar cubaan tiga pihak yang menuntut iaitu China, Taiwan dan Vietnam untuk menyekat hak pelayaran dan kebebasan," kata Davis
Ia sekali gus mencerminkan pendirian AS bahawa jalan laut utama harus dianggap sebagai perairan antarabangsa
"Tidak ada pihak yang menuntut dimaklumkan mengenai transit itu, selaras dengan proses biasa dan undang-undang antarabangsa," kata Davis
Bulan ini, Pengerusi Jawatankuasa Senat Angkatan Bersenjata AS mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana menangguhkan lagi rondaan kebebasan pelayaran
Beliau berkata, ia membolehkan China terus mengejar cita-cita untuk menguasai wilayah di rantau ini, termasuk dengan mendaratkan kapal terbang di pulau buatan manusia di Kepulauan Spratly
Last edited: