BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FINAS Teroka Peluang Perluas Pasaran Filem Malaysia Di China

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

FINAS Teroka Peluang Perluas Pasaran Filem Malaysia Di China​

29c0fb74d3688098e96c8584b284f4936aa7b7e3bba19

79254265d6efdd8756fa93b104c679246aa7b80706e8c

96f840d53c7a8536fca4e5984c1d57a26aa7b828ecf9a

Kredit: Alpha Unit Films & Distribution Sdn Bhd

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meneroka potensi memperluas pasaran filem tempatan di China dengan aspirasi membawa sehingga 10 judul setahun ke negara itu.

Pengerusi FINAS Datuk Dr Hans Isaac berkata usaha itu bagaimanapun bergantung pada penerimaan pasaran, keperluan kawal selia dan kesediaan pengedar tempatan.

Beliau berkata pengedar turut mengambil kira kesesuaian genre, potensi penonton, strategi pemasaran dan kos pengedaran sebelum membuat keputusan membawa masuk sesebuah filem.

“Keutamaan pada peringkat ini adalah membuka laluan pasaran secara berperingkat dan membina keyakinan dalam kalangan pengedar.

“Jumlah filem yang dapat dibawa masuk bergantung pada sambutan penonton serta penilaian komersial pihak pengedar,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri malam gala China-Malaysia Film Festival 2026 bersempena dengan Musim Kebudayaan Xingtan ke-12 di sini, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Alpha Unit Films & Distribution Sdn Bhd dan China Film Industry Group Co Ltd dengan sokongan FINAS itu menampilkan lima filem tempatan iaitu A Mighty Adventure, Ah Beng vs Liang Po Po, Babah, The Last Dive dan Abah Saya, Uncle Mike.

Hans berkata lima filem itu dipilih rakan industri China daripada kira-kira 30 judul yang dikemukakan menerusi proses pemilihan terbuka berdasarkan kesesuaian dengan cita rasa penonton tempatan.

Beliau berkata festival yang mengambil masa lebih setahun untuk direalisasikan itu bukan sahaja  menyediakan ruang tayangan kepada filem Malaysia, malah membuka peluang kerjasama dalam penerbitan bersama, pengedaran, teknologi dan pembangunan bakat.

 
Back
Top
Log in Register