TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.












Tindakan China di Laut China Selatan sekarang dianggap sebagai perancangan mereka untuk menciptakan blue navy, apabila telah menjadi fokus kempen di dalam negeri untuk membangkitkan semangat patriotisme rakyatnya
Angkatan Laut China mengatakan misi ini akan dilakukan secara rutin dan apa yg dilakukan kapal induk Liaoning masih dalam tahap uji-kaji
Pengamat ketenteraan menilai apa yg dilakukan pemerintah China sekarang telah memberi isyarat bahawa mereka akan menempatkan kapal perang induk mereka di Laut China Selatan secara tetap, dan ini pasti akan bertambah meningkatnya ketegangan dengan Filipina dan Vietnam, serta negara lain yg sedang menuntut kekuasaan di Laut China Selatan
Dengan terbinanya pelabuhan kapal induk di Sanya, China telah memperluas jangkauan operasinya di Laut Cina Selatan. Pelabuhan asal kapal induk Lioning adalah Qingdao, diwilayah Shandong, China Utara
Pelabuhan Sanya dibina bagi tujuan pembekalan logistik bagi kapal induk China yg bakal ditempatkan di Laut China Selatan
Ketika ini Angkatan Laut China sudah mulai menunjukkan perkembangan yg nyata dengan membangun struktur C4ISR dimana kapal selam China pun sudah mulai meluaskan kawasan operasi mereka
Malangnya negara2 ASEAN pula masih belum menemukan kata sepakat atas sikap mereka terhadap konflik Laut China Selatan
Bahkan Code of Conduct tahun 2002 yg ditandatangani anggota ASEAN untuk menyelesaikan sengketa di Laut China Selatan dengan cara damai, terus menerus diabaikan oleh beberapa negara yg bersaing disebabkan tuntutan ketas Laut China Selatan yg kaya dengan sumber alamnya












CANBERRA: Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) akan terus melakukan misi penerbangan harian di Laut China Selatan walaupun penghantaran peluru berpandu ke udara dan jet pejuang oleh China di rantau tuntutan bertindih itu dengan tentera kedua-dua negara berbincang mengelak sebarang "salah percaturan", kata seorang jeneral AS hari ini
Komander Tentera Udara Pasifik, Jeneral Lori Robinson, juga menggesa negara lain menggunakan hak kebebasan untuk terbang dan belayar di ruang udara dan perairan antarabangsa dituntut China di Laut China Selatan "atau berisiko kehilangannya di rantau itu."
"Kami menyaksikan keupayaan bertambah tentera di kepulauan berkenaan, tidak kira jika ia jet pejuang, peluru berpandu atau landasan sepanjang 3,048 meter
"Kami akan terus lakukan apa yang kami lakukan sebelum ini iaitu terbang dan belayar di ruang udara antarabangsa dan perairan mengikut peraturan dan norma antarabangsa," kata Robinson kepada media di ibu kota ini di mana beliau akan berucap dalam Persidangan Dwitahunan Kuasa Udara Tentera Udara Diraja Australia minggu depan
Robinson enggan mengatakan bagaimana AS akan membalas jika sebuah pesawatnya ditembak jatuh oleh China
Beberapa kerajaan mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan, laluan utama perdagangan dunia
AS tidak mempunyai tuntutan di rantau itu namun ia memiliki kepentingan dalam memastikan kebebasan pelayaran dan ruang udara serta memastikan tiada penggunaan kekerasan dan paksaan bagi mengukuhkan tuntutan






