BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CoC Laut China Selatan Akan Dimuktamad Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 - Mohamad Hasan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

CoC Laut China Selatan Akan Dimuktamad Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 - Mohamad Hasan​

5c5fd147cd3f6bdef7f0df97515bbd606a606b0147a72


Kod Tatalaku (CoC) berkaitan Laut China Selatan dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila yang dijadual berlangsung pada Nov depan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata CoC  yang berfungsi sebagai kerangka untuk memastikan perairan berkenaan kekal sebagai laluan bebas, selamat dan boleh digunakan semua pihak itu kini sedang melalui fasa perbincangan berkaitan beberapa perenggan penting yang perlu dipersetujui oleh semua negara terlibat.

“Kita akan usahakan yang terbaik kerana memuktamadkan perkara ini penting untuk semua negara di ASEAN, littoral states of ASEAN (negara-negara pesisir), yang mempunyai kepentingan masing-masing di Laut China Selatan. Bila ada CoC ini, kita akan dapat menggunakan platform ASEAN jika ada apa-apa berlaku di kawasan berkenaan.

“CoC ini akan dijadikan sebagai dokumen panduan bagi negara-negara ASEAN, untuk negara-negara yang menggunakan Laut China Selatan. Kebebasan pelayaran, kebebasan penerbangan dan yang lain-lain,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan secara bersama Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN-China bersama rakan sejawatnya Wang Yi, selaras dengan peranan Malaysia sebagai Negara Penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-China bagi tempoh 2024–2027.

Persidangan berkenaan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) ke-59 serta Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan, yang diadakan sempena Kepengerusian ASEAN 2026 oleh Filipina di bawah tema “Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama”.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata CoC itu adalah berteraskan kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Turut dibincangkan hari ini ialah kaedah untuk memastikan supaya perdagangan antara ASEAN dan China diperkemaskan, termasuklah menerusi langkah menambah baik Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0).

 
Back
Top
Log in Register