BEIJING: China meluluskan pembinaan tapak kuasa nuklear maritim pertamanya untuk meningkatkan keberkesanan projek di Laut China Selatan yang menjadi rebutan
Sekurang-kurangnya 20 tapak seumpama itu dalam perancangan, lapor tabloid berpengaruh, Global Times, memetik kenyataan pegawai industri pembinaan kapal negara sebagai berkata
Kementerian Luar China, pada Jumaat berkata ia tidak mendengar sebarang berita berhubung pembinaan itu
"Pembinaan tapak kuasa nuklear menjadi aliran yang semakin meningkat," kata pengarah pejabat Perbadanan Industri Pembinaan Kapal China (CSIC), Liu Zhengguo, kepada akhbar itu
Ditanya mengenai laporan terdahulu yang menyatakan 20 tapak akan dibina, Liu berkata permintaan akan menentukan bilangannya
"Jumlah sebenar loji yang akan dibina CSIC bergantung kepada permintaan pasaran. Berdasarkan pelbagai faktor, permintaan memang banyak," katanya tanpa mengesahkan atau menafikan bilangan yang dilaporkan
Laporan menambah: "Penganalisis percaya tapak itu, apabila siap, akan meningkatkan keberkesanan kerja pembinaan negara itu di pulau di Laut China Selatan.
Ia memetik Liu sebagai berkata, 'pembinaan tapak berdasarkan teknologi matang dan loji adalah untuk kegunaan umum, seperti menyediakan bekalan elektrik bagi tapak penggalian minyak.'