BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Pantai Seremban

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Pantai Seremban​

71efca93c5f440abe1700a28c02896636a59d81feb583

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) berkenan bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pantai, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pantai hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-’Abidin.

Hadir sama Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Terdahulu, Imam Masjid Kariah Pantai Amru Zubair Abu Hanifah menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk "Ancaman Akidah Masa Kini".

Selesai menunaikan solat Jumaat Tuanku Muhriz dan kedua-dua anakanda beramah mesra dengan para jemaah sambil memberi sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir bersolat Jumaat.

Lebih 500 rakyat jelata hadir bersama-sama menunaikan solat Jumaat dengan baginda.

 
Back
Top
Log in Register