BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tunai Solat Jumaat Di Masjid Jamek As-Syakirin, Bukit Mertajam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
00be4f0652dd5dfd0a03addd29c6adae69bcec2723097

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet di sini hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAKN CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang hari ini dengan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet, di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada 1.12 tengah hari disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pengerusi masjid Othman Syafie serta para jemaah.

Anwar, bersama hampir 700 jemaah termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, seterusnya mendengar khutbah bertajuk 'Ramadan, Ketika Senja Terakhir Berlabuh’, yang disampaikan Imam I Muhammad Nasir Hamid.

Selesai solat, Perdana Menteri menziarahi komuniti Permatang Pasir bagi meninjau persiapan Aidilfitri yang akan disambut umat Islam seluruh negara esok.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara, Anwar turut dijadual menghadiri Program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.

 
Back
Top
Log in Register