combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat bagi menunaikan solat jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti.
Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-’Abidin.
Solat diimamkan oleh Imam 1 Masjid Kariah Gunung Pasir, Wan Muhammad Saifuddin Wan Salim.
Usai menunaikan solat Jumaat, baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama rakyat di Luak Tanah Mengandung.
Kira-kira 500 orang hadir menyertai majlis berkenaan.