Megat Sri Rama
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,266
- Joined
- Aug 28, 2007
- Messages
- 20,266
- Reaction score
- 507
- Points
- 161
insurgency sbb komunis bukan berlaku lepas perang dgn jepun hingga merdeka je. berlarutan sampai 1989. time tu malaysia dah merdeka dan tak dijajah british. tapi kenape komunis masih teruskan perjuangan bersenjata. nak menentang british? dah tak relevan.
sebab satu Asia Tenggara tak percaya Malaya betul-betul merdeka.
Salah satu syarat kemerdekaan adalah jaminan kepada syarikat-syarikat British di Malaya.
In the British Empire, the sun never set, so they say. Maksudnya punya la luas. Tapi Malaya adalah wilayah yang menyumbang paling banyak kepada empayar British.
kau rasa mudah ke British nak lepaskan amcam tu je?
macam aku cakap la, dari perspektif mana-mana pejuang kemerdekaan kat mana-mana negara pun, mereka melihat driving force di sebalik penjajahan adalah puak-puak kapitalis.
Drawing analogy dari Revolusi Cuba, Cuba pun masa tu bukan jajahan Amerika. Tapi syarikat-syarikat pertanian Amerika lebih berkuasa dari parlimen. Presiden cuma boneka kapitalis Amerika.
God, Gold & Glory dah lama berakhir di zaman Portugis, zaman Belanda tinggal Gold and Glory, zaman British tinggal gold je.
Missionaries di Malaya hanya menempel di zaman British.
Kemudian tentera British masih ada di Malaya.
Dalam misi hambat PKM pun tentera komanwel masih ikut sama.
So kau rasa diorang fikir macam mana?
Kenapa Tun Razak berhubungan secara peribadi dengan Abdullah CD di masa yang sama askar Melayu masuk hutan cari komunis?
Kalau tanya aku, aku rasa memang betul British masih mencengkam pentadbiran Malaya. Bagi aku at one time di zaman Tun Razak pentadbiran dah boleh bernafas sikit tapi masih belum dapat lepas sepenuhnya.
Maka tentera masih masuk hutan, sebagai pencegahan dan untuk cover dengan British.
PKM pun masa tu dah di fasa pengunduran ke Selatan Thai.
In fact di zaman sebelum konfrontasi lagi diorang dah start mengundur.
dan ko cakap pasal tentera dan polis yg bekerja bawah british tu dibrainwash. ape beza dgn komunis? tentera juga dan ada doktrin yg tersendiri dan ada juga idealogi sendiri. jadi ape beza shamsiah fakeh dan leftenan adnan? dua2 askar tapi knp shamsiah fakeh dikatakan berjuang untuk kemerdekaan negara tapi leftenan adnan tak? cuba role tu diterbalikkan? nampak?
shamsiah fakeh tuntut kemerdekaa untuk komunis.
leftenan adnan tuntu kemerdekaan untuk british.
same je....
Tak kisah le tu.
Ada aku cakap aku sokong PKM untuk menang?
Shamsiah Fakeh dan Mat Indera memang dalam PKM, tapi diorang bukan berfahaman komunis.
Kiri memang ya, tapi komunis tidak.
Sebab tu aku cakap, kalau kau nak cakap pasal belajar dari sejarah, kena belajar sejarah tu dulu.
Apa rentetan yang buat Mat Indera dan Shamsiah Fakeh masuk hutan join PKM?
Mat Indera dan Shamsiah Fakeh adalah pejuang kaum buruh.
Antara PKM dan golongan Nasionalis Kiri Melayu waktu tu (KMM, API, AWAS) ada satu yang common : Politik Proletariat. ie. People first.
Dan... Shamsiah Fakeh sendiri adalah orang yang mengindoktrinasikan orang Melayu, bukan dia yang didoktrinasikan.
Ini sebelum dia join PKM lagi.
Shamsiah Fakeh di tahun 40an adalah seperti Anwar Ibrahim sekarang.
Mana-mana dia pergi, dia boleh galvanise masses.
jadi ape perbezaannya?
persepsi rakyat pada masa itu. komunis dah salah dlm ambil hati masyarakat melayu khususnye dengan ideologi dan cara berbanding british. british boleh bagi kemerdekaan pada tanah melayu tanpa tumpah darah walaupun ada string attached. komunis? 1989 baru ada perjanjian serah diri dan senjata.
That's only in certain cases.
Most of the case, it was British propaganda...
Dalam rundingan damai Baling 1955, Chin Peng dah offer syarat untuk PKM letak senjata.
Tapi Tunku tolak.
Apa dia syaratnya? Cuba kau cari...
Bukan 1989.
Perjanjian 1989 tu pun hasil rundingan dalam tempoh yang agak lama. Paling tidak awal 80an dah start runding.
British bagi kemerdekaan tanpa pertumpahan darah? UMNO sangat bunyinya. Kalau kau bukan penyokong UMNO pun, tak yah sebut la macam ayat tu.
Bro... British jajah Malaya 1957, dan merdeka 1957 juga ke?
Mana pergi Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, etc?
Lepas Jepun kalah, Belanda suruh British jaga Indon untuk Belanda.
Di Surabaya, masa British nak control town, rakyat Indon tak terima. Berapa puluh/ratus ribu Indon mati kena bedil? Surabaya banjir darah, literally speaking.
Akhirnya lepas dah ramai sangat mati, British blah macam tu je dari Surabaya.
Diorang dah malas nak perang lagi.
Macam tu juga di Malaya. Kalau tak ada ancaman pemberontakan bersenjata, lambat lagi la nak merdeka.
Kenapa Brunei merdeka tahun 1984?
dan shamsiah fakeh? dia dah meninggal aku taknak cakap ape2 psl dia.
tapi anak dia yg baru dilahir dihutan dibunuh sendiri oleh pkm.
dia sendiri telah dihantar ke china untuk belajar.
sepatutnya dia lebih tahu dgn siapa dan untk siapa dia berjuang.
Apa kena mengena dia "belajar" di China dengan "untuk siapa dia berjuang"?
Itu standard la kalau kau dah join parti komunis.
Diorang kan ada Commintern (Communist International), badan solidarity antarabangsa.
Standard la kalau PKC offer tempat untuk orang PKM.
Tapi ideologi tak semestinya dia telan semua.
1945, emosi untuk merdeka memuncak. medium untuk luahkan ketidak pusa hatian banyak.
meh, banyak la sangat...
dan dia dpt pendidikan di padang panjang sumatera, tempat yg kuat komunis. dan pada awal pembentukan komunis di indonesia bergabung dgn sarekat islam walaupun dah tentunya idealogi diorg mmg berbeza sbb komunis di indon berpaksikan ideologi karl maxis dan lenin.
so belajar agama di Sumatera boleh dijadikan syak untuk seseorang itu diserapi ideologi komunis ala Lenin dan Marxists, maka :
Apakah Buya Hamka juga komunis?