BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TMM2026 Di Landasan Kukuh, 17.5 Juta Pelawat Direkodkan Setakat Mei - Chiew

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

TMM2026 Di Landasan Kukuh, 17.5 Juta Pelawat Direkodkan Setakat Mei - Chiew​

39908b02c44946c3fb15bac72a2977f06a2925d260ec3

4cb75f6dc89cc688f4df60b244c8bc066a292604c5085

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 pada Majlis Sidang Media dan Pelancaran Nombor Pendaftaran Istimewa Visit Malaysia 2026 di Kementeriannya hari ini.

Ketibaan pelawat asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) berada di landasan yang kukuh dengan 17.5 juta pelancong direkodkan setakat Mei lepas, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man.

Beliau berkata dalam mencapai sasaran 47 juta pelawat yang ditetapkan bagi kempen itu, pihaknya melalui Tourism Malaysia mengatur pelbagai program promosi di dalam serta luar negara bagi menarik lebih ramai pelancong.

"Kita juga terus memperhebat promosi melalui kerjasama dengan pemegang taruh tempatan seperti ejen pelancongan, pemimpin pendapat utama (KOL) serta media untuk menarik mereka (pelawat) datang ke negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Visit Malaysia 2026 di sini hari ini.

Ditanya mengenai cabaran krisis bekalan global serta kenaikan kos pengangkutan terhadap kempen TMM2026, Chiew berkata beberapa inisiatif telah dibincangkan bersama syarikat penerbangan dan agensi pelancongan untuk mengatasi perkara tersebut.

"Kami sedang berusaha keras di dalam dan luar negara bagi memastikan momentum kedatangan pelancong ke negara ini dapat diteruskan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Chiew menggariskan keperluan untuk memperhebat promosi lebih banyak destinasi dan pengalaman yang unik di negara ini.

"Jika sektor ini berjaya dan kemasukan pelancong meningkat, ia akan memberi impak besar kepada ekonomi negara, terutama kepada para peniaga, pengusaha hotel, penjaja, restoran, pengangkutan dan semua kedai dan pusat beli-belah. Semua lapisan rakyat akan merasai manfaatnya," katanya.

Sementara itu, Chiew hari ini melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ’V 1 MY’ hingga ’V 9999 MY’ sempena TMM2026.

 
Back
Top
Log in Register