BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaksanaan BDR Jimat RM4.22 Juta Subsidi Petrol Setakat 25 Mei -- KSN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pelaksanaan BDR Jimat RM4.22 Juta Subsidi Petrol Setakat 25 Mei -- KSN​

0235ee86bbdccc2b7671d649f6e105a86a14602bc6c36

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan semasa hadir ke Majlis Apresiasi ERAT (Encouraging Responsibility, Accountability & Trustworthiness) di Putrajaya hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) berjaya menjimatkan RM4.22 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 2.14 juta liter setakat ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata data terkini itu direkodkan hingga hari ini (25 Mei), sejak pelaksanaan inisiatif itu dibuat 15 April lepas, sekali gus membantu kerajaan menangani bebanan kewangan ekoran daripada krisis bekalan global.

"Perlu diingatkan sekali lagi, BDR ini bukan bermaksud 'Baring Duduk Rehat'. Ia bertujuan bagi mengawal penggunaan petrol, maka kerajaan luluskan BDR bermula 15 April lepas.

"Walaupun tekanan subsidi (meningkat) mendadak, kerajaan akan memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas," katanya ketika menyampaikan amanat dan merasmikan Majlis Apresiasi “Encouraging, Responsibility, Accountability, Trustworthiness” (ERAT) di sini malam ini.

Pada 30 April lepas, media melaporkan kerajaan berjaya menjimatkan RM1.9 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 979,632 liter dalam tempoh 10 hari pelaksanaan BDR yang melibatkan 200,000 penjawat awam.

Shamsul Azri berkata bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan berkesan serta tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, setiap ketua jabatan perlu berpegang kepada konsep T.E.G.A.S iaitu tindakan pantas, empati, gagasan jelas, adaptif dan strategi efektif.

"Saya ingin ingatkan agar konsep TEGAS ini diamalkan oleh setiap ketua jabatan dalam kita berhadapan dengan krisis ketika ini," katanya.

Selain itu, beliau turut mengajak seluruh penjawat awam untuk mengimbas kembali nilai M.A.L.A.Y.S.I.A, iaitu mesra, adil, luhur, amanah, yakin, setia, islah dan arif, semasa memberikan perkhidmatan tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.

"Jangan bezakan layanan dengan melihat kepada jawatan. Kalau Datuk-Datuk datang, kita senyum berseri, tapi kalau tukang cuci datang berurusan, adakah kita layan sama dengan kita layan Datuk-Datuk?" katanya.

 
Back
Top
Log in Register