BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM197 Juta Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Berjaya Dikutip Menerusi Khidmat APH Setakat Mei 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

RM197 Juta Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Berjaya Dikutip Menerusi Khidmat APH Setakat Mei 2026​

fe4291488de0dd3f96023efab1cc92796a4c8f251f208

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

Sebanyak RM197 juta bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya dikutip menerusi khidmat agensi perunding hutang (APH) bagi tempoh Julai 2025 hingga Mei tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kutipan itu menunjukkan peningkatan 6.4 peratus berbanding kutipan bagi tempoh sama sebelumnya sekali gus mencerminkan keberkesanan pendekatan APH dalam menggalakkan peminjam melunaskan bayaran balik pinjaman mereka.

Beliau berkata setakat Mei lepas, sebanyak 103,418 akaun peminjam membabitkan tunggakan lebih RM3 bilion telah diserahkan kepada APH.

Katanya, hanya peminjam yang mempunyai tunggakan lebih 120 bulan ataupun 10 tahun dan telah direkodkan penghakiman akan diserahkan kepada APH, iaitu setelah usaha kutipan di pihak PTPTN tidak berjaya.

“Pelantikan APH bukan bertujuan untuk menghukum atau menekan peminjam, sebaliknya merupakan salah satu daripada mekanisme kutipan yang digunakan secara bersasar terhadap akaun yang mempunyai tunggakan yang sangat lama dan telah melalui proses perundangan.

“Suka saya tegaskan, walaupun akaun peminjam telah diserahkan kepada APH, ruang rundingan tetap tidak pernah ditutup,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang memohon KPT menyatakan garis panduan, kawalan dan pemantauan terhadap agensi perunding hutang serta mekanisme khas untuk peminjam PTPTN yang ingin membayar balik pinjaman mengikut kemampuan sebenar.

Mengulas lanjut Zambry berkata, peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan masih boleh mengemukakan rayuan dan berbincang dengan pegawai undang-undang PTPTN bagi mendapatkan penyelesaian yang bersesuaian berdasarkan kemampuan semasa.

“PTPTN akan sentiasa menilai setiap perundangan secara adil dan berhemah dengan mengambil kira tahap pendapatan, komitmen kewangan serta keadaan sosioekonomi peminjam,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register