BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

161,891 MBPK Berdaftar Di Institusi Pendidikan KPM Setakat Mei 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

161,891 MBPK Berdaftar Di Institusi Pendidikan KPM Setakat Mei 2026​

9634b6e2c7bce4e665d326fe26a6f8026a4f2a1cce6cb

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh

Sebanyak 161,891 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) telah berdaftar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga 31 Mei 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 141,545 murid berada dalam kategori masalah pembelajaran dengan autisme mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 53,169 orang.

Beliau berkata kategori lain membabitkan masalah intelektual sebanyak 39,254 orang, masalah pembelajaran spesifik (24,148 orang),  Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) (13,337 orang), sindrom Down (4,501 orang), lewat perkembangan global (3,741 orang) dan lain-lain (3,395 orang).

“MBPK kategori masalah pembelajaran boleh mengikuti pendidikan sama ada melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Pendidikan Khas, PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Wong menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang ingin tahu jumlah dan kategori kanak-kanak dengan ketidakupayaan pembelajaran yang berdaftar di negara ini serta keadaan semasa sistem pendidikan khas dalam memenuhi keperluan pendidikan mereka.

Beliau berkata setakat 31 Mei, sebanyak 7,406 sekolah di seluruh negara melaksanakan program pendidikan khas termasuk 35 Sekolah Pendidikan Khas, 2,907 sekolah melaksanakan PPKI dan 4,406 sekolah melaksanakan PPI.

Beliau berkata bagi menampung peningkatan enrolmen murid tersebut, KPM meneruskan pembangunan infrastruktur fizikal dan kebajikan yang berkaitan menerusi rancangan pembangunan pendidikan negara.

Selain itu, Wong berkata sebanyak lapan projek pembinaan Sekolah Pendidikan Khas baharu telah diluluskan bermula dari Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hingga RMK13 dengan satu projek di bawah RMK11, RMK12 (lima projek) dan RMK13 (dua projek).

“Sepanjang tempoh RMK12, KPM turut meluluskan 80 projek pembinaan bangunan baharu atau tambahan bagi PPKI dengan lima projek siap sepenuhnya, 22 projek dalam fasa pembinaan dan 53 projek dalam fasa prabina,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register