combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,129
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,129
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MAHA 2026: FAMA Raih Jualan RM3.13 Juta Setakat Hari Ini
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abang Kerdee Abang Masagus berucap pada majlis penutup Majlis Penutup I-CAM sempena pameran MAHA 2026 di MAEPS hari ini.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merekodkan nilai jualan sebanyak RM3.13 juta setakat hari ini, bersempena dengan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.
Pengerusi FAMA Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata daripada jumlah tersebut, segmen utama seperti Kingdom of Agrofood mencatatkan jualan RM1,425,422.86, diikuti Agribusiness (RM930,220.68), Food Empire (RM623,884) dan Food Truck (RM152,476.70).
Beliau berkata pencapaian berkenaan membuktikan platform pemasaran yang disediakan FAMA, bukan sahaja menjadi ruang promosi dan pertemuan pemain industri serta usahawan, malah mampu memberi impak positif kepada ekonomi.
“Walaupun nilai sasaran kita ialah RM4 juta, namun nilai yang telah direkodkan setakat ini lebih baik daripada tahun 2024.
“Pencapaian ini juga bukanlah usaha FAMA sendiri, namun kita harus berterima kasih kepada 2,000 usahawan kita yang menyertai MAHA kali ini dan di bawah FAMA sendiri sebanyak 349 usahawan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup International Confference On Agribusiness Marketing (i-CAM 2026) di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Ahmad berkata FAMA terus memperkukuh perkongsian ilmu dan jaringan strategik dalam sektor agromakanan, menerusi penganjuran Sesi Audio Siar (Podcast) bertemakan “Transformasi Perniagaan Tani dalam Menangani Keterjaminan Makanan: Perspektif dan Pendekatan Global” bersempena dengan MAHA 2026.
Beliau berkata tema itu mengetengahkan perbincangan mengenai transformasi sektor agribisnes dalam mendepani cabaran keterjaminan makanan melalui pendekatan inovasi, teknologi, pembangunan rantaian nilai serta kerjasama strategik antara kerajaan dan industri.
“Saya percaya kita tidak berhenti di sini kerana sehari dua ni, kita dah bertukar pandangan dan saya masih berharap agar ia bukan sekadar perkongsian, perbincangan, pertanyaan soalan dan ia harus menjadi satu titik kepada tindakan kebersamaan,” katanya.
Penganjuran sesi itu merupakan antara nilai tambah kepada i-CAM 2026 dalam menyediakan ruang perbincangan lebih santai, interaktif dan mudah difahami sekali gus melengkapi pendekatan perkongsian ilmu menerusi pembentangan akademik.