combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MAHA 2026 Rekod 1.5 Juta Pengunjung, Catat RM8.7 Juta Nilai Jualan Langsung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencatatkan kira-kira 1.5 juta pengunjung setakat semalam, dengan merekodkan nilai jualan langsung hampir RM8.7 juta.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jumlah itu, menunjukkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap penganjuran MAHA 2026 yang bermula Jumaat lepas.
“Sehingga semalam, kehadiran sudah 1.49 juta. Kehadiran orang ramai memang bertambah, begitu juga dengan jumlah kenderaan,” katanya kepada media selepas menyaksikan 14 pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) pada MAHA Trade Days 2026, di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah pengunjung dijangka terus meningkat, memandangkan MAHA 2026 masih berlangsung dan pelbagai aktiviti serta pameran berkaitan sektor agromakanan disediakan untuk pengunjung.
Semalam, Mohamad berkata MAHA 2026 menyasarkan nilai jualan sekurang-kurangnya RM58 juta sepanjang penganjurannya, dengan pembelian termasuk benih tanaman dijangka menyumbang kepada jumlah berkenaan.
MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 Sept di MAEPS, membabitkan kira-kira 2,000 pempamer dengan sasaran kehadiran lebih empat juta pengunjung.