BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Expert 2026: PERDA Sasar 75,000 Pengunjung, Nilai Jualan Lebih RM2 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Expert 2026: PERDA Sasar 75,000 Pengunjung, Nilai Jualan Lebih RM2 Juta​

caa4a4bf6394c9c83496a7e0d74a7bdb6a3a407333ee5

865ea41916ea04378f111d90a7de48946a3a40568495a

987baec7c85f04a2df0163861d662dc66a3a408eae1c8

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Dr Shaik Hussein Mydin (tengah) merasmikan Majlis Pra Pelancaran Expert Expo PERDA 2026.

Turut hadir Pengurus Besar PERDA Datuk Mohd Asri Baharum @ Harun (tiga, kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menyasarkan kehadiran lebih 75,000 pengunjung sepanjang penganjuran Ekspo PERDA (EXPERT) 2026 di Midtown PERDA, Kubang Menerong di sini dari 2 hingga 4 Okt.

PengerusI PERDA Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata EXPERT tahun ini bertemakan “Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi” dan dijangka menghimpunkan lebih 200 pempamer pelbagai sektor perniagaan dengan sasaran nilai jualan serta pemerolehan kontrak berjumlah RM2 juta.

“Penganjuran EXPERT 2026 bertujuan mempromosikan produk keluaran usahawan, khususnya usahawan luar bandar di Pulau Pinang selain menyediakan platform pemasaran dan jaringan perniagaan lebih luas.

“Ekspo ini berperanan sebagai wadah promosi yang berpusat dan komprehensif bagi membolehkan usahawan bumiputera memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka kepada pasaran yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran EXPERT 2026 Midtown PERDA di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol yang juga Timbalan Pengerusi PERDA dan Pengurus Besar PERDA Datuk Mohd Asri Baharum.

Shaik Hussein optimis sasaran RM2 juta boleh dicapai berdasarkan pengalaman tahun lepas apabila merekodkan jualan lebih RM3 juta, melebihi sasaran awal yang ditetapkan.

Beliau berkata EXPERT 2026 turut menyediakan platform pertemuan antara usahawan dan syarikat atau pasar raya menerusi aktiviti pemadanan perniagaan bagi memperluas jaringan pasaran produk dan perkhidmatan.

Selain itu, EXPERT 2026 memberi tumpuan kepada pemerkasaan produk halal dengan mewujudkan rangkaian usahawan pemegang sijil halal dari dalam dan luar negara serta memperluas akses pasaran melalui platform Global Halal Marketplace.

Majlis perasmian EXPERT 2026 yang masuk tahun ke lima dijadualkan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

 
Back
Top
Log in Register