kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
JAM FAMA Catat Jualan RM46.72 Juta Dari Januari Hingga Mei 2026
Kredit: FAMA
Program Jualan Agro MADANI (JAM) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merekodkan nilai jualan RM46.72 juta menerusi 1,833 program yang diadakan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
FAMA dalam kenyataan memaklumkan pencapaian itu mencerminkan komitmen agensi berkenaan dalam memperkasakan rantaian pemasaran agromakanan negara, selain memperluas peluang pasaran kepada usahawan dan akses pengguna kepada bekalan segar serta berkualiti pada harga berpatutan.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena penganjuran JAM Edisi Pulau Pinang oleh FAMA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Ibu Pejabat FAMA, Selayang, pada Isnin lepas.
Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri dan Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang Kamarul Azlan Mustaffa.
JAM Edisi Pulau Pinang merupakan edisi ketiga yang dianjurkan di Selangor dan menyasarkan kehadiran 2,000 pengunjung dengan nilai jualan RM100,000.
Menurut FAMA, sebanyak 45 lot jualan disediakan menerusi penglibatan 30 usahawan dari Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai produk agromakanan berkualiti kepada pengguna.
"Platform ini dilihat sebagai medium untuk mempromosi dan meningkatkan kebolehpasaran produk usahawan, selain mewujudkan jaringan pemasaran lebih luas serta memberi pulangan jualan lebih tinggi kepada mereka," kata kenyataan itu.
Penganjuran program itu turut mendapat sokongan Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol menerusi inisiatif program pembangunan keusahawanan bersama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
FAMA memaklumkan inisiatif itu bertujuan memperkukuh pembangunan usahawan tempatan selain membantu memperluas pemasaran produk usahawan Pulau Pinang.