BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAMA Sasar Potensi Jualan RM500,000 Menerusi MIFB 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

FAMA Sasar Potensi Jualan RM500,000 Menerusi MIFB 2026​

6aafca52398f1893829ad6920ef5ecf46a58ee808b830

883a46ce4ba1d28a7051cf9662f5cb766a58ee9f94686

c059c2a48c62d00ac603af67ea041e356a58ef45afe75

28f321f6cc33c9af28e92ad33e871d586a58eee536ccb

dc88c16335846766cf40ccc39fbfa7e46a58eec58cf46

Kredit : FB FAMA Malaysia

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan potensi jualan sebanyak RM500,000 menerusi penyertaan 10 syarikat usahawan Projek Ladang Kontrak dalam Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2026.

FAMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyertaan itu dijangka membuka peluang pasaran eksport baharu menerusi sesi padanan perniagaan dengan pembeli antarabangsa serta jangkaan kehadiran lebih 15,000 pengunjung sepanjang pameran tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), yang bermula semalam.

Kenyataan itu menyebut penyertaan dalam pameran bertaraf antarabangsa tersebut adalah platform strategik bagi memperluas akses pasaran usahawan agromakanan tempatan dan meningkatkan daya saing produk keluaran negara ke peringkat antarabangsa.

“Melalui Pavilion FAMA, 10 syarikat usahawan Projek Ladang Kontrak mengetengahkan 50 unit simpanan stok produk berasaskan pertanian tempatan termasuk produk hiliran kelapa, pisang, tempe, melon, sarang burung, sayur-sayuran, bunga-bungaan, nangka, cendawan, produk industri kecil dan sederhana, produk berasaskan tebu serta durian sejuk beku.

“Antara usahawan yang menyertai Pavilion FAMA ialah Marhad Trading, ZBM Agrotech, Crop Power Sdn Bhd, Beamers Net Sdn Bhd, Mycelia Resources, Nesq Resources (M) Sdn Bhd, Sweetcane Sdn Bhd, FAMA Corporation Sdn Bhd, 3Bumi Trading Sdn Bhd dan Makatas Marketing (M) Sdn Bhd,” katanya.

FAMA memaklumkan selain mempromosikan produk, penyertaan dalam MIFB 2026 membuka peluang untuk usahawan mendapat pendedahan kepada trend pasaran global, keperluan pensijilan dan pematuhan piawaian antarabangsa yang penting dalam meningkatkan daya saing produk keluaran usahawan FAMA.

Sepanjang pameran, FAMA menganjurkan pelbagai aktiviti interaktif termasuk demonstrasi masakan oleh cef profesional menggunakan ternakan tempatan seperti ayam belanda, arnab dan puyuh selain sesi uji rasa buah-buahan tempatan serta promosi penjenamaan Malaysia's Best bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan pensijilan kualiti produk tempatan selain menggalakkan lebih ramai pengusaha mendapatkan pensijilan itu.

“Penyertaan dalam MIFB 2026 juga menjadi platform promosi awal kepada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang dijadual berlangsung pada 28 Ogos hingga 6 Sept ini.

“FAMA akan terus memperkasakan usahawan agromakanan tempatan melalui penyediaan platform pemasaran yang berimpak tinggi, memperluas akses pasaran domestik dan antarabangsa serta meningkatkan nilai tambah produk pertanian negara,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register