BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MARA Sasar Jualan RM1 Juta Menerusi BizNetwork Fiesta Sarawak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MARA Sasar Jualan RM1 Juta Menerusi BizNetwork Fiesta Sarawak​

13681bbc5cbf2de3425ac0d112c912656a64a340b7ac6

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang pada sesi walkabout semasa menghadiri program BIZNETWORK Fiesta 2026 Sarawak di pusat beli-belah Plaza Merdeka, hari ini.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 juta menerusi penganjuran program BizNetwork Fiesta Sarawak bagi memperkukuh pemasaran digital dan memperluas jaringan perniagaan usahawan bimbingannya.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata sasaran dibuat berdasarkan kejayaan penganjuran program berkenaan di Semenanjung yang turut menggabungkan sesi padanan perniagaan antara usahawan dan syarikat berkaitan.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja membantu meningkatkan jualan sepanjang program berlangsung, tetapi juga membuka peluang kepada usahawan memperoleh kerjasama perniagaan dan pasaran yang lebih luas.

“Sebanyak 32 usahawan dari seluruh Sarawak menyertai BizNetwork kali ini dengan mengikuti latihan pemasaran digital melalui kerjasama MARA dan TikTok, termasuk pendedahan kepada kaedah penjualan secara siaran langsung.

“Dari sudut jualan, semalam sahaja jumlahnya telah mencecah RM228,190. Hari ini pula, ada usahawan memaklumkan bahawa produk mereka hampir habis dijual,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Majlis MARA Siti Ajar Yasin dan Timbalan Pengarah Pembangunan Usahawan MARA Fadhlina Zulkifli.

Selain BizNetwork Fiesta, acara yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam turut diselitkan dengan program MARA In Fashion bagi mengetengahkan bakat usahawan fesyen tempatan serta mempromosikan keunikan reka bentuk berinspirasikan Borneo.

Rubiah berkata meskipun bidang fabrik dan pakaian adalah satu daripada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ia mampu memberikan pulangan yang baik bukan sahaja kepada pelatih, tetapi juga industri.

“Dalam kursus fabrik dan reka bentuk ini, kita bukan sahaja menggunakan kreativiti asal, malah turut memanfaatkan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan reka bentuk yang lebih kreatif. Inilah antara perkara yang MARA cuba terapkan supaya lebih ramai tenaga mahir dalam bidang ini dapat dilahirkan, khususnya di Sarawak,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register