BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang Sasar Pasaran India Menerusi Misi Jualan Di Tujuh Bandar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pulau Pinang Sasar Pasaran India Menerusi Misi Jualan Di Tujuh Bandar​

e96fedf89bdb3006202a945f23b349746a4e7be1944a7

188cf5054cf235d0e71f606469357a416a4e7b929d90c

3abbbc8a18dd081f27388688b691008e6a4e7bc63b262

Foto : PCEB

Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) melancarkan Misi Jualan ke India 2026 bagi mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai satu daripada pasaran antarabangsa utamanya menerusi siri jelajah promosi di tujuh bandar yang menyasarkan lebih 400 bakal pembeli.

Misi itu bermula di Hyderabad pada 6 Julai dan diteruskan di Bengaluru semalam, diikuti Coimbatore hari ini, Salem (10 Julai), Madurai (13 Julai), Tiruchirappalli (14 Julai) dan Chennai (16 Julai), dengan melibatkan lebih 400 pembeli berpotensi tinggi termasuk ejen pelancongan, syarikat korporat, perancang acara serta pihak berkepentingan dalam industri pelancongan.

“India kekal sebagai satu daripada enam pasaran keutamaan Pulau Pinang, dengan potensi kukuh dalam acara perniagaan, mesyuarat korporat, perjalanan insentif, majlis perkahwinan serta pelancongan riadah.

“Hubungan budaya antara India dan Malaysia, bersama-sama identiti masyarakat majmuk Pulau Pinang, warisan, makanan, layanan mesra serta kemudahan acara moden terus menjadikan negeri itu sebagai destinasi yang menarik bagi pasaran India,” menurut kenyataan PCEB hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCEB Ashwin Gunasekeran berkata India sentiasa menjadi pasaran penting bagi Pulau Pinang dan misi jualan itu membolehkan negeri berkenaan berhubung secara langsung dengan pembeli utama, pembuat keputusan serta pihak berkepentingan industri di beberapa bandar yang mempunyai potensi tinggi.

Beliau berkata misi itu juga dilaksanakan pada masa yang tepat ketika Malaysia membuat persiapan bagi Tahun Melawat Malaysia 2026, yang menyaksikan penglibatan antarabangsa lebih kukuh serta promosi destinasi akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketibaan pelawat dan peluang perniagaan.

“Menerusi misi jualan ini yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penerbangan IndiGo, PCEB menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai tawaran yang terdapat di Pulau Pinang serta menggalakkan lebih banyak acara perniagaan dan kumpulan pelancong dari India berkunjung ke negeri ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register