BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 6,000 Pelancong Jepun Tiba Secara Terus Di Pulau Pinang Dalam Tujuh Bulan Pertama 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 6,000 Pelancong Jepun Tiba Secara Terus Di Pulau Pinang Dalam Tujuh Bulan Pertama 2026​

e82e7a76bfb0422ae8eb8b86b029afd86a1c11cfb1c8b

Wong Hon Wai

Lebih 6,000 pelancong Jepun tiba secara terus di Pulau Pinang melalui udara dan kapal persiaran dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.

Beliau berkata jumlah sebenar jauh lebih tinggi, kerana angka itu tidak mengambil kira pelancong Jepun yang memasuki Malaysia melalui Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain, sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang menaiki penerbangan domestik atau jalan darat.

“Bagi memastikan pembangunan industri pelancongan Pulau Pinang yang sihat dan berterusan dalam jangka panjang, kepelbagaian pasaran sumber ialah kunci untuk memperkukuh daya tahan sektor berkenaan.

“Jepun sebagai pasaran pelancongan yang mempunyai kuasa berbelanja tinggi dan mengutamakan kualiti, antara pasaran utama yang akan terus diberi tumpuan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut melaksanakan pelbagai inisiatif secara praktikal bagi memperluas pasaran Jepun, termasuk menyediakan bahan promosi pelancongan dalam bahasa Jepun termasuk risalah dan video menerusi Penang Global Tourism (PGT).

“Pada 2025, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengetuai wakil industri pelancongan negeri ke Jepun, dengan mengadakan jerayawara di Tokyo dan Osaka. Inisiatif ini membolehkan kami berinteraksi secara langsung dengan pemain industri pelancongan di Jepun, memperkukuh hubungan antara industri serta menjalinkan kerjasama yang lebih erat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut memperkukuh kerjasama dengan Japan Airlines (JAL), bagi meneroka peluang untuk memperluas pasaran pelancongan Jepun ke luar negara.

Menerusi kerjasama ini, wakil industri pelancongan Jepun akan dibawa mengadakan lawatan suai kenal ke Pulau Pinang, untuk mengalami sendiri kepelbagaian tarikan dan produk pelancongan negeri itu.

“Kami berharap pemain industri pelancongan berkenaan dapat merangka pakej pelancongan ke Pulau Pinang yang bersesuaian dengan pilihan dan minat pelancong Jepun, selain mempromosikannya di pasaran negara itu,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register