BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Anjur Jom Malaysia, CONFEST 2026 Di Batu Kawan, Pulau Pinang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Anjur Jom Malaysia, CONFEST 2026 Di Batu Kawan, Pulau Pinang​

081f4159c06ca4c21f0bf37494741e546aa7cd4b4acbd

fb KPDN

Program Jom Malaysia dan Festival Pengguna (CONFEST) 2026, yang menghimpunkan pelbagai aktiviti kepenggunaan secara interaktif dan bermanfaat akan diadakan di Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan dari 17 hingga 20 Sept ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program berkenaan akan berlangsung selama empat hari, dari 10 pagi hingga 10 malam, dengan menghimpunkan inisiatif kementerian, rakan strategik, pemain industri serta komuniti setempat.

"Program ini bertujuan memberikan pengalaman kepenggunaan yang lebih dekat, interaktif dan bermanfaat kepada pengunjung, selain menjadi platform mempertemukan pelbagai pihak dalam menjayakan agenda kepenggunaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali akan merasmikan program Jom Malaysia dan CONFEST 2026 pada 19 Sept.

Dalam usaha memperhebat promosi program berkenaan, KPDN hari ini membuat pelepasan Pasukan Promosi dan Hebahan Jom Malaysia dari Putrajaya ke Pulau Pinang, yang disempurnakan Ketua Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar.

Sepanjang perjalanan, pasukan promosi akan singgah di beberapa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih untuk melaksanakan aktiviti promosi, menyampaikan maklumat program serta berinteraksi secara langsung dengan orang ramai.

Konvoi itu turut menampilkan pelbagai jenis kenderaan, termasuk rowing truck yang membawa bahan promosi Jom Malaysia dan CONFEST 2026, van KPDN yang dihiasi identiti Jom Malaysia serta kenderaan GrabCar sebagai sokongan rakan strategik.

Ikon rasmi Jom Malaysia, Jommy turut memeriahkan konvoi berkenaan.

Festival Jom Malaysia dilancarkan secara rasmi pada 27 Jun lepas, dan sebelum ini berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur serta Sandakan, Sabah.

 
Back
Top
Log in Register