BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang Arah Batu Kawan Ditutup Pada Malam 8 Ogos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang Arah Batu Kawan Ditutup Pada Malam 8 Ogos​

02819b1c11c32e3bd0d274f257a5707c6a73005029184


Laluan dari Batu Maung menuju ke Batu Kawan (arah timur) di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup sementara dari 8 malam, 8 Ogos hingga 3 pagi, 9 Ogos ini.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan berkenaan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada penganjuran Cultural Night Run 2026.

"Bagaimanapun, laluan dari Batu Kawan ke Batu Maung (arah barat) serta laluan dari Bandar Cassia, Batu Kawan dan Batu Kawan Industrial Park ke Lebuhraya Utara-Selatan masih boleh digunakan seperti biasa," menurut kenyataan itu.

JKSB memaklumkan pengguna yang ingin melakukan perjalanan dari Pulau Pinang ke tanah besar sepanjang tempoh acara dinasihatkan menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

JKSB turut menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.

 
Back
Top
Log in Register