Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pemfailan Tuntutan TTPM Di Pulau Pinang Meningkat, 775 Kes Selesai Tahun Lepas - KPDN
Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan
Oleh Siti Azila Alias
BUKIT MERTAJAM, 26 Julai (Bernama) – Kesedaran pengguna di Pulau Pinang terhadap hak mereka untuk menuntut keadilan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semakin meningkat apabila jumlah pemfailan tuntutan menunjukkan trend pertambahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S. Jegan berkata sebanyak 614 tuntutan difailkan pada 2024 sebelum meningkat kepada 777 kes pada tahun lepas manakala 444 tuntutan direkodkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sehingga 30 Jun lepas.
“Peningkatan pemfailan tuntutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan masyarakat semakin memahami hak mereka sebagai pengguna dan mengetahui saluran yang boleh digunakan bagi mendapatkan pembelaan.
“Perkembangan ini amat positif kerana ia mencerminkan tahap kesedaran pengguna di Pulau Pinang yang semakin tinggi terhadap hak mereka di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 sekali gus menunjukkan usaha advokasi dan penerangan yang dijalankan KPDN selama ini berjaya meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai fungsi TTPM,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat pengguna yang belum mengetahui bahawa mereka boleh membawa pertikaian melibatkan tuntutan tebus rugi ke TTPM tanpa perlu melalui proses mahkamah yang rumit.
Jegan berkata terdapat juga segelintir pengguna yang enggan memfailkan tuntutan walaupun mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana beranggapan proses tribunal sukar serta melibatkan kos yang tinggi.
“Hakikatnya, proses di TTPM sangat mudah, cepat dan hanya melibatkan bayaran pemprosesan RM5. Tribunal yang merupakan saluran alternatif yang berkesan bagi menyelesaikan pertikaian pengguna tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan antara tuntutan yang paling banyak difailkan di negeri ini membabitkan isu pengubahsuaian rumah dan perkhidmatan rawatan penjagaan kecantikan selain aduan turut banyak melibatkan pembelian barangan elektrik serta perabot.