BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Pulau Pinang Tumpas Sindiket Seleweng Minyak Masak Subsidi, Tahan Pemilik Kedai Runcit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Pulau Pinang Tumpas Sindiket Seleweng Minyak Masak Subsidi, Tahan Pemilik Kedai Runcit​

d6a545b9333d12736afaf04384567dab6a7c2a1028c53


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi dalam serbuan di tiga lokasi di daerah Bandar Baharu Kulim, Kedah menerusi Ops Tiris 4.0 semalam.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa kementerian itu hasil risikan selama sebulan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyelewengan barangan kawalan.

“Pemeriksaan menemukan 3,150 kilogram (kg) minyak masak paket satu kilogram pelbagai jenama, terdiri daripada 2,300 kg yang disimpan di sebuah rumah dan 850 kg yang dikenal pasti sebagai lebihan stok di sebuah kedai runcit.

“Selain minyak masak itu, pemeriksaan turut menemukan sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara, dua bungkusan mengandungi plastik kosong minyak masak paket yang telah dipotong, dua pisau dipercayai digunakan untuk memotong bungkusan berkenaan, satu set pam berserta hos serta sebuah tangki Intermediate Bulk Container (IBC) kosong berkapasiti 1,000 liter,” katanya pada sidang media di Stor Ekshibit KPDN Pulau Pinang di Bukit Minyak di sini hari ini.

Selain itu, Jegan berkata pihaknya turut menyita satu salinan lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) runcit, bil elektrik, satu set salinan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta tiga bakul, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM95,000.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang juga pemilik premis dan kedai runcit berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Jegan, pemeriksaan lanjut di kedai runcit mendapati premis itu mempunyai lesen CSA atas nama individu terbabit, namun menyimpan kira-kira 1,850 kg minyak masak berbanding had dibenarkan, iaitu 1,000 kg.

“Sindiket itu dipercayai memotong bungkusan minyak masak paket bersubsidi sebelum dicampur dengan bahan pewarna dan dimasukkan ke dalam tangki IBC bagi disamarkan sebagai minyak masak terpakai untuk dijual semula.

“Minyak itu dipercayai dijual pada harga RM3.50 sekilogram dan mereka memperoleh keuntungan kira-kira RM1 bagi setiap kilogram. Ini membimbangkan kerana minyak masak bersubsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat telah disalahgunakan dan dijadikan minyak terpakai untuk dijual semula,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register