BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang Sertai PRSU 2026 Di Indonesia, Promosi Pelancongan, Pelaburan Dan Kesihatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146

Pulau Pinang Sertai PRSU 2026 Di Indonesia, Promosi Pelancongan, Pelaburan Dan Kesihatan​

d3e7789410dd72af859f0691845f3aaa6a48b3ffa7c22

64c56b627a57b91ecdc0e141539d37116a48b443d8f80

3d68685aa7f3d0aa9cfa36ec02c13cd16a48b4707e283

Kredit Foto: Unit Komunikasi dan Inovasi, SUK Pulau Pinang.

Pulau Pinang terus memperkukuh hubungan serantau menerusi penyertaan dalam Pekan Raya Sumatera Utara (PRSU) ke-50 2026 yang berlangsung dari 2 Julai hingga 2 Ogos ini di Medan, Indonesia.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penyertaan menerusi Pavilion Pulau Pinang itu mengetengahkan konsep "Discover Penang" bagi mempromosikan keunikan budaya, pelancongan, peluang pelaburan dan perkhidmatan pelancongan kesihatan negeri kepada masyarakat Indonesia.

"Penyertaan itu merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh hubungan strategik dengan Sumatera Utara yang telah terjalin sejak 1980, di samping memperkenalkan potensi negeri kepada pasaran serantau.

"Menerusi Pavilion Pulau Pinang, pengunjung akan disajikan pengalaman menyeluruh yang menampilkan keindahan warisan budaya negeri itu dan keistimewaan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO diterjemahkan melalui pelbagai elemen interaktif.

“Elemen interaktif itu termasuk seni jalanan ikonik, replika makanan terkenal seperti nasi kandar, pasembur dan char kuetiau serta demonstrasi tebar roti canai, yang menjadi antara tarikan utama sepanjang pameran berlangsung," menurut kenyataan itu.

Turut dipamerkan adalah kehalusan seni warisan Peranakan menerusi koleksi Kebaya Nyonya hasil rekaan Kenny Loh Couture, yang mencerminkan kekayaan budaya dan identiti unik Pulau Pinang.

Sementara itu, menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam sektor kesihatan, Pulau Pinang terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan perubatan utama di rantau ini.

Kenyataan itu memaklumkan, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai ekosistem penjagaan kesihatan, perkhidmatan perubatan berkualiti serta kemudahan rawatan bertaraf antarabangsa yang ditawarkan, sekali gus membuka peluang kepada masyarakat Indonesia untuk mengenali hospitaliti kesihatan di Pulau Pinang.

"Selain mempromosikan pelancongan dan warisan, penyertaan di PRSU 2026 turut memberikan fokus kepada pengukuhan hubungan ekonomi melalui penganjuran sesi padanan perniagaan dan product pitching yang menghimpunkan pemain industri daripada enam sektor utama termasuk pembuatan dan pelaburan.

 
Back
Top
Log in Register