Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Terengganu Rekod 6.5 Juta Pelancong Enam Bulan Pertama 2026
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berucap pada program Digitalisasi Pelancongan Terengganu Bersama MALAYSIA hari ini.
Terengganu merekodkan kehadiran 6.5 juta pelancong dengan penjanaan pendapatan antara RM1.4 hingga RM1.5 billion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Terengganu merekodkan kehadiran 6.5 juta pelancong dengan penjanaan pendapatan antara RM1.4 hingga RM1.5 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata jumlah itu melibatkan 70 peratus pelancong domestik dan 30 peratus antarabangsa, menjadikan kerajaan negeri optimis mampu mencapai sasaran sembilan juta pelancong pada akhir tahun ini.
“Prestasi pelancongan negeri memberikan keyakinan kita berada pada landasan tepat. Berdasarkan Survei Pelancongan Domestik 2025 oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), Terengganu menerima 15.46 juta pelawat domestik pada 2025, meningkat daripada 14.46 juta pada tahun sebelumnya, iaitu pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 5.2 juta ialah pelancong yang bermalam, membuktikan Terengganu bukan sahaja destinasi persinggahan, tetapi destinasi pilihan untuk menikmati pengalaman pelancongan yang berkualiti dan lebih lama,” katanya.
Razali berkata demikian semasa berucap pada program Digitalisasi Pelancongan Terengganu Bersama MALAYSIA di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Perniagaan redBus Krishnan Ramaswami dan Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu Datuk Tengku Mohd Arifin Tengku A Rahman.
Selain itu, beliau berkata kerjasama dengan redBus menjadi inisiatif penting bagi mengubah ekosistem pelancongan menerusi teknologi digital, sekali gus meluaskan capaian pasaran, meningkatkan aksesibiliti dan memacu pertumbuhan pelancongan yang mampan.
Beliau berkata melalui kerjasama itu, pengusaha pelancongan boleh mempromosi dan menjual pengalaman yang ditawarkan kepada jutaan pelancong domestik dan antarabangsa menerusi satu platfom dalam talian.
“Inisiatif ini memudahkan mereka menjangkau pelancong masa kini yang celik digital, memperluas capaian pasaran tanpa kos permulaan sekali gus membantu pengusaha pelancongan tempatan mengurangkan kebergantungan kepada tempahan luar talian dan mengatasi keterbatasan capaian digital.
“Dengan jutaan pelawat memilih Terengganu, penting untuk memastikan pengusaha pelancongan dilengkapi keupayaan digital bagi merebut peluang yang tersedia,” katanya.
Loading…
www.bernama.com