combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Indeks Jenayah Kelantan Turun 7.6 Peratus Bagi Enam Bulan Pertama 2026
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat (tengah)
--foto BERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kadar jenayah indeks di Kelantan merekodkan penurunan sebanyak 7.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini kepada 891 kes, berbanding 964 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penurunan sebanyak 73 kes itu membuktikan strategi, komitmen serta tindakan berterusan yang dilaksanakan Polis Kontinjen Kelantan berada pada landasan yang tepat.
“Secara pecahan, jenayah kekerasan menurun daripada 246 kes kepada 202 kes, iaitu pengurangan sebanyak 44 kes atau 17.9 peratus, manakala jenayah harta benda berkurangan daripada 718 kes kepada 689 kes, iaitu penurunan sebanyak 29 kes atau empat peratus.
"Bagaimanapun, penurunan ini bukan alasan untuk kita berasa selesa. Sebaliknya, ia menjadi pemangkin untuk terus mempertingkatkan usaha kerana apa yang diperjuangkan bukan sekadar penurunan angka, tetapi keselamatan, kesejahteraan dan keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Bagi tempoh sama, Mohd Yusoff berkata kes jenayah narkotik turut menurun sebanyak 13 peratus kepada 12,051 kes berbanding 13,957 kes pada tahun lepas, manakala jumlah tangkapan berkaitan kesalahan narkotik berkurangan sebanyak 10 peratus kepada 13,182 orang berbanding 14,640 orang.
Bagaimanapun, beliau berkata nilai rampasan dadah meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM15.7 juta berbanding RM13.37 juta sebelum ini, sekali gus mencerminkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan dalam mengekang aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah.
Sementara itu, Polis Kontinjen Kelantan akan mengubah pendekatan dalam menangani kegiatan lumba haram dengan mengadakan sesi pertemuan bersama ibu bapa penunggang yang terlibat.
Mohd Yusoff berkata langkah itu diambil selepas operasi penguatkuasaan, pengeluaran saman dan penyitaan motosikal didapati masih belum berjaya membendung kegiatan berkenaan.
Loading…
www.bernama.com