BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAMA Sasar Jualan RM40 Juta Menerusi Semarak Syawal 1447@Pasar Tani Di 722 Lokasi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146
8c069168396c2621329b6a2882cc9a4b69b63ec557b36

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri (dua, kanan) bersama Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof (tiga, kanan) semasa membuat lelongan barangan asas dengan harga promosi ketika hadir ke Program Pelancaran Semarak Syawal 1447@Pasar Tani Peringkat Negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Tani Stadium Shah Alam hari ini.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan program Semarak Syawal 1447@Pasar Tani yang dilaksanakan di 722 lokasi niaga di seluruh negara bermula semalam hingga 19 Mac ini mampu mencatat nilai jualan mencecah RM40 juta.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata program berkenaan diadakan bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk secara terus kepada pengguna, selain mempromosikan pasar tani sebagai platform pemasaran utama bagi produk pertanian segar, makanan dan produk industri asas tani.

“Kita melaksanakan program ini di beberapa lokasi utama termasuk di Putrajaya, Bangi, Melawati dan beberapa kawasan lain di sekitar Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan menjelang Aidilfitri dengan harga yang berpatutan.

"Bagi Selangor, program ini disasar mencatat nilai jualan berjumlah RM2.7 juta melibatkan 48 lokasi pasar tani sepanjang tempoh enam hari penganjuran," katanya dalam sidang media Semarak Syawal 1447@Pasar Tani Peringkat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Tani Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata Pasar Tani Stadium Shah Alam dan Kelana Jaya merupakan antara lokasi tumpuan bagi penganjuran kerana kedua-dua lokasi itu menjadi pilihan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan keperluan termasuk makanan segar dan produk kering.

Abdul Rashid berkata program itu membantu orang ramai membuat persediaan Syawal, menyediakan akses langsung kepada produk segar dan berkualiti, meningkatkan pendapatan usahawan dan petani serta menawarkan promosi istimewa dengan penjimatan.

“Pengunjung dapat menikmati harga berpatutan melalui jualan Agro MADANI dan jualan istimewa yang menawarkan produk segar terus daripada pengeluar manakala pasar tani pula berpeluang meningkatkan hasil jualan serta daya saing.

“Kita lihat seperti pada musim perayaan lain, permintaan biasanya meningkat namun setakat ini harga barangan masih stabil dan tidak menunjukkan kenaikan mendadak, manakala stok sedia ada juga diyakini cukup dan dapat bertahan dengan permintaan sehingga Aidilfitri nanti," katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata pihaknya akan menganjurkan Karnival Mantai selama 24 jam bermula Selasa ini di Stadium Shah Alam bagi menawarkan daging lembu segar tempatan pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

 
Back
Top
Log in Register