BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAMA Nafi Ambil Warga Asing Sebagai Peserta Pasar Tani

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

FAMA Nafi Ambil Warga Asing Sebagai Peserta Pasar Tani​

a9853d39bd09485456babde1aba8a2106a939cbb476e9

Kredit: Laman Facebook Fama Negeri Terengganu

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menafikan dakwaan pengambilan individu bukan warganegara sebagai peserta pasar tani di bawah seliaannya yang tular di Facebook semalam.

FAMA Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasar tani yang tular itu di Kuala Besut dan tidak melibatkan pasar tani kendalian agensi tersebut.

“Hanya dua lokasi pasar tani di Besut di bawah seliaan FAMA, iaitu Pasar Tani Jertih yang beroperasi setiap Khamis dan Pasar Tani Alor Lintang pada Sabtu,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar seorang lelaki dipercayai warga asing menjual sayur di sebuah pasar pagi di Besut.

 
Back
Top
Log in Register