BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Agro MADANI Di Perak Catat Nilai Jualan RM3.76 Juta Sejak Januari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jualan Agro MADANI Di Perak Catat Nilai Jualan RM3.76 Juta Sejak Januari​

dc23813abb5e22e7ea9ec735c600c89d6a3f836dadfcf

051d50151ee8beebc6d43e32eb2ff8b16a3f83287c266

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM1,100,000 oleh Pengarah Wilayah Agrobank Perak, Azizan Had (tiga, kanan) kepada Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, Faisal Iswardi Ismail (tiga, kiri) pada Jualan Agro MADANI Mega @ RTC Perak hari ini.

Turut hadir, Pengarah FAMA negeri Azleena Zainal Abidin (dua, kiri).


Program Jualan Agro MADANI yang dilaksanakan di seluruh Perak mencatatkan nilai jualan sebanyak RM3.76 juta sepanjang lima bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diadakan di 169 lokasi di seluruh negeri sepanjang tempoh berkenaan.

"Menjelang penghujung tahun ini, FAMA Perak menyasarkan pelaksanaan sebanyak 421 program Jualan Agro MADANI di seluruh negeri bagi memperluas manfaat program ini kepada lebih ramai pengguna dan usahawan.

"Kerajaan negeri percaya inisiatif pelaksanaan program sebegini bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat malah menjadi platform penting dalam memperkukuh rantaian pemasaran hasil pertanian, meningkatkan pendapatan usahawan serta merancakkan pembangunan ekonomi luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jualan Agro MADANI Mega yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zolkafly berkata Jualan Agro MADANI kali ini dijangka dapat menjana nilai jualan sebanyak RM750,000 serta memberi penjimatan sebanyak RM225,000 kepada kira-kira 50,000 pengunjung sepanjang program berlangsung.

Beliau berkata program tersebut menghimpunkan 132 lot pameran dan jualan melibatkan 89 orang usahawan, dengan kira-kira 30 peratus daripadanya merupakan usahawan baharu.

"Penyertaan ini mencerminkan komitmen FAMA dalam membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada usahawan tempatan serta memperluas akses pasaran bagi produk agromakanan negeri.

"Antara tarikan utama program ialah penawaran 5,000 unit Kombo MADANI pada harga promosi RM10 berbanding harga asal RM20, sekali gus memberikan penjimatan sehingga 50 peratus kepada pengguna," katanya.

 
Back
Top
Log in Register