BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Agro MADANI Bantu Rakyat Nikmati Penjimatan Sehingga 30 Peratus - FAMA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jualan Agro MADANI Bantu Rakyat Nikmati Penjimatan Sehingga 30 Peratus - FAMA​

8b68fde651ba4f979f96f376c2d94e5e6a995a72e8041

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), Suraya Mohd Yusof (dua, kanan) menyampaikan unit Set Kombo Jualan Agro MADANI sempana Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Laman Nanas, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Program Jualan Agro MADANI memperkukuh peranannya sebagai antara platform utama kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Suraya Mohd Yusof berkata program di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu membekalkan produk terus daripada petani kepada pengguna, sekali gus mengurangkan penglibatan orang tengah.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja membolehkan pengguna menikmati harga lebih berpatutan, malah membantu petani memperoleh pulangan yang lebih baik bagi hasil pengeluaran mereka.

“Apabila kami kata produk ini dibawa daripada petani terus kepada pengguna, di situ kami telah mengurangkan lapisan orang tengah. Secara automatik petani mendapat margin yang lebih tinggi dan pengguna pula mendapat harga yang berpatutan.

“Untuk produk yang kami tawarkan, kami memang menawarkan penjimatan 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran setempat,” katanya kepada Bernama pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia hari ini.

Suraya berkata Jualan Agro MADANI menawarkan pelbagai barangan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, telur, ayam dan daging selain barangan asas, produk proses serta beberapa barangan keperluan harian lain.

Beliau berkata program itu turut dilaksanakan di kawasan yang mudah dicapai pengguna termasuk kawasan perumahan, Program Perumahan Rakyat, kompleks kerajaan serta premis runcit FAMA seperti Agro Bazar Kedai Rakyat dan Agro Bazar Rakyat.

Jualan Agro MADANI yang dilancarkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada 16 April 2023 adalah penjenamaan semula program Jualan Terus Dari Ladang yang sebelum ini dilaksanakan FAMA.

Bersempena MAHA, FAMA turut mengetengahkan Jualan Agro MADANI menerusi segmen Kingdom of Agrofood dengan melon dan jambu batu sebagai antara produk utama selain telur, bawang, rebung serta beberapa komoditi lain.

 
Back
Top
Log in Register